Monthly Archives: December 2014

31-12-2014

Dunia Semantara Akhirat Kekal Abadi….

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.  (Surah Ibrahim: 1)

Tahun ini usiaku meningkat lagi. Siang tadi sempat juga aku membeli senaskah Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’. Kitab inilah satu-satunya yang kutemui menjelaskan tentang waqaf dan ibtida’ yang jelas. Beberapa naskah tafsir al-Quran yang kumiliki, maklumlah aku bukan orang arab yang mengerti bahasa Al-Quran, aku terpaksa merujuk daripada berbagai  tafsiran untuk lebih mendalaminya. Seingatku Tafsir Al-Azhar sudah kubeli  pada pengakhir tahun 80-an dan hanya tahun 2013 aku memiliki Tafsir Ibnu Katsir. Walaupun begitu membaca al-Quran adalah menjadi wajib padaku untuk mengkhatamknnya sama ada aku faham atau tidak, paling minimal dua kali setahun. Namun begitu setiap kali mengkhatam aku akan bermula dengan al-Fatihah dan seterusnya membaca semula surah al-Baqarah, ini bermakna aku akan tetap membaca, dan terus membaca kitab suci ini setiap hari walaupun hanya satu ayat, satu ain, satu lembar;  paling kurang , sekiranya aku kesuntukan masa, aku akan menyelak dan mencium al-Quran.

Membaca Al-Quran memang tidak dapat dinafikan punya keistemewaan dan kelebihan, antaranya daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan mengingat mati dan membaca al-Quran.”

q1

q2

q3

q4

Advertisements

Leave a comment

Filed under Renungan

Entudau 2014

Sudah sekian lama aku tidak ke Entudau, ulu Tutong. Sehinggalah kelmarin aku berserta saudaraku; Dahalan, Kamsol dan Shahrin meluangkan masa untuk menikmati kesegaran dan keindahan hutan dan perkarangan Entudau sambil menangkap ikan yang begitu mesra dan tidak dicemari. Entudau sudah beberapa kali  kukunjungi, malahan aku pernah bermalam di sana. Tidak ramai orang yang pernah  sampai di sana kerana untuk masuk ke kawasan perkerangan perlu merentasi hutan belukar dan hutan tebal yang memakan masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke sana, ini  terpulang kepada suasana dan keadaan. Kami saja seringkali terhalang oleh pokok yang telah  tumbang serta belukar yang tebal menyukarkan perjalanan disamping tanah becak dan berlumpur, maklumlah sekarang musim hujan.

Kami sampai di perkerangan, ketika matahari menjulang tegak di atas kepala, namun bahang matahari tidak terasa kerana pokok-pokok hutan rimba menjadi pelindung di samping udara yang segar dan air sungai yang mengalir tenang. Mandi dan berendam di air yang bersih lagi sejuk, dihurungi ikan-ikan kecil memang menyeronokan, perkara ini sukar untuk dibayangkan melainkan berada dan berendam di sana. Beberapa jam kami menghabiskan masa di sana, hanya setelah bunyi guruh di hulu sungai dan hujan renyai-renyai baharulah kami bersiap-siap untuk pulang pada jam tiga petang.

et1

et2

et3

et4

et5

et6

et7

et8

et9

Leave a comment

Filed under Kenangan, my

Musim Buah Pada Bulan Ogos.

Musim buah tahun ini, di NBD sudah berlalu beberapa bulan yang lalu. Biasanya pada dulan Disember adalah  musim durian. Namun pada tahun ini musim tersebut sudah dinikmati sejak bulan Julai  lagi dan beralalu sehingga ke bulan September dan Oktober.Kenangan itu terimbau setelah melihat foto-foto semasa aku bersiaran di pulau buah di halaman rumah. Pada ketika ini, terasa dan teringin juga untuk memetik buah rambutan, memutik buah durian yang jatuh, malaka dan menikmatinya. Teringin juga rasanya untuk menjuluk langsat yang bertandan pada senja hari, namun musim buah tahun ini sudah berlalu.

mb1

mb3

mb8

mb5

mb9

mb2

mb101

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Out of Focus

Selain menggunakan lensa standard kamera DSLR, aku memiliki lensa alternatif, Lens Baby Composer Pro Sweet 35. Lensa ini hanya kugunakan untuk memfoto objek agar menghasilkan imej yang  abstrak atau kreatif. Aku  tertarik melihat hasilnya yang mana sebahagian daripada foto ‘out of focus’.Selain itu, aku gunakan juga untuk menghasilkan Fine Art Photography. Lensa ini diilhamkan oleh  dua orang sahabat, iaitu Craig Strong dan Sam Pardue, memang mempunyai keunikan dalam merakam imej. Kalau lensa biasa menghendaki kesejajaran lensa-lensa yang ada di dalam sesebuah badan lensa, Lens Baby justru boleh dibengkang-bengkokkan. Sebuah Lens Baby mempunyai satu bahagian yang merakam imaj jelas lagi  tajam,bagian yang disebut ”sweet spot”. Di luar ”sweet spot”, imej  yang dirakam Lens Baby tidaklah tajam, tetapi ketidaktajaman itu secara penampilan sangat unik dan berbeza daripada blur yang dihasilkan lensa normal. Efek daripada ketidaksejajaran Lens Baby adalah efek kekaburan gambar yang di satu sisi merupakan ”cacat”, tetapi di sisi lain justru merupakan nilai plus kerana ”kekaburan” kadang-kadang memang dicari untuk mengeliminasi bagian-bagian foto yang dianggap tidak penting.Memakai Lens Baby sangatlah sederhana dan mudah. Memakai Lens Baby berarti memakai pengaturan fokus secara manual. F stop manual, tiada koneksi elektronik dengan kamera. Namun begitu aku tidaklah sekerap mana menggunakan lensa ini, melainkan untuk menukar selera untuk menghasilkan  imej yang Out of Focus.

ak2

ak3

ak4

Leave a comment

Filed under Juara, Lensa

Need No Hood

Aku sering kali memfoto tanpa menggunakan hood lensa, bukan kerana aku tidak biasa tetapi semua ini dikeranakan kemiraku  dilengkapi dengan  sekeping filter yang serba mencukupi (Vari-ND atau Multi-ND). Boleh dikatakan filter yang canggih jika dibandingkan daripada filter ND (Neutral Density) yang pernahku miliki yang hanya berkemampuan 1 stop, 2 stop, 4 stop dan seterusnya. Apa tidaknya filter yang sentiasa melekap di lensaku ini punya kemampuan anti refleksi atau pantulan cahaya. ‘PIXZ Digital PRO-HD ND CPL’ buatan Jepun walaupun harganya agak mahal, seingatku harganya mencecah SGD 300+ tetapi berbaloi dimiliki. Aku boleh memfoto ikan di kolam atau aquarium tanpa gangguan refleksi cahaya, malahan memfoto cahaya matahari yang menjulang 45 juga boleh dilakukan tanpa risiko over expose. Percaya atau tidak cahaya daripada screen monitor boleh dinyahkan 100 peratus, sungguh menakjubkan. Hanya memutar filter ke kiri atau ke kanan hasilnya berbeza, tembus cahaya, semi tembus cahaya mahupun anti cahaya.

ln2

ln5

ln3

ln4

 

 

 

Leave a comment

Filed under Uncategorized