Lagenda di Menunggul

Kelmarin, 1 Muharram 1434. Begitu masa sentiasa berlalu tidak pernah berhenti sehingga selama-lamanya tiada penghujungnya, abadan abada, masa tetap akan bergerak. Orang tua sering memberi peringatan; rebutlah peluang ketika sihat, ketika ada kelapangan, ketika ada kesenangan, ketika muda, ketika masih hidup, ketika mampu, ketika bertenaga  jangan sampai tiba waktu yang mana kita tidak dapat menikmati apa yang kita ada kerana masa tetap berlalu. Demi berlalunya masa sedikit demi sedikit apa yang kita miliki sekarang akan juga berlalu masa demi masa. Semoga Allah SWT tetap memberi kita rahmat dan nikmat-Nya pada setiap masa dan keadaan.

Bersempena awal tahun Hujrah,  aku dan teman-teman sekerja membuat pengambaraan ke Pulau Berambang khususnya Kg.Menunggul. Bermula dari jam 7.30 pagi kami bertolak dari Penurunan perahu di Bumbung 12 kerana di kawasan Pintu Malaim air begitu tuhur, perahu tambang tidak boleh mendarat di sana.  Di Pulau Berambang kami menaiki bas yang sudah disewa. Sesiapa yang pertama kali sampai di pulau tersebut akan berasa hairan kerana kenderaan darat tiada cukai jalan, tiada flat license malahan budak bawah umur tiada halangan untuk memandu kenderaan, apa yang jelas Jabatan Pengangkutan Darat tiada mengambil tidakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan di pulau tersebut.

Untuk rombongan kami, aku dipilih sebagai ketua untuk  wakil melapor di rumah Ketua Kampug. Namun begitu hampir kesemua rombongan menandatangani di buku lawatan sebagai kenangan. Sebelum mendaki bukit Bujang Pahang kami singgah berkudapan di rumah salah seorang rakan yang menatap di pulau tersebut. Hidangan kelupis bercacah kari daging amat sedap, aku makan sehingga 5 biji kelupis. Sedap! Selain kelupis mi goreng, roti paun dan beraneka juadah boleh dinikmati.

Perjalanan kami untuk mendaki bukit Bujang Pahang dihampari dengan buah asam kulit yang berjuritan di kaki bukit, tidak dikutip oleh pemiliknya. Air cucuran buluh menyambut air bukit jalas kelihatan bagi kegunaan penduduk yang tinggal di kaki bukit tersebut. suasana kampung amat indah dengan kehijauan tumbuhan yang menghasilkan udara segar. Pendakian kami agak perlahan kerana  perut masih terasa kenyang, amat sukar untuk bergerak pantas. Sepanjang pendakian bau durian semerbak. Beraneka buah dapat disaksikan masak ranum. Musim buah amat jelas, yang mana budak-budak menunggu buah durian di kawasan jalan pendakian menghabiskan masa cuti awam mereka di pondok.

Kawasan pertama yang kami terokai ialah lobang  Arang Batu. Lubang ini pada asalnya ialah tempat orang tempatan melombong atau mengambil arang batu. Usai dari sana  kami terus mendaki bukit Bujang Pahang. Bukit Bujang Pahang ini bersempena lagenda seorang pemuda yang bernama si Bujang yang makan buah pengalaban. Lidahnya terasa pedas atau pahang semasa makan buah tersebut. Pemandangan di puncak bukit ini sungguh indah sekali, kita boleh menyaksikan kawasan kampung air dan juga kawasan Limbang.

Kami meneruskan perjalan untuk melihat gua Berkajag. Gua tempat orang zaman dahulu berteduh. Di penghujung banjaran bukit kami sempat melawat Batu Berpangkat. Bukit Berpangkat ini juga mempunyai lagenda sendiri, dikatakan pemuda yang berbadan besar pada zaman Awang Semaun telah menyusun batu tersebut bertingkat-tingkat. Batu Berpangkat ini digunakan sebagai pancang sempadan kampung. Di kawasan baruh Batu Berpangkat terdapat lupak kecil yang dikenali sebagai Telaga Puteri. Telaga ini tidak pernah kering sekalipun musim kemarau. Kalaulah telaga ini telaga Puteri sepatutnya telaga ini selalu dibersihkan kerana apa yang kuperhatikan telaga ini dibiarkan begitu saja.

Kami pulang disambut dengan air kelapa yang menyegarkan setelah lebih kurang 2 jam berada di banjaran Bukit Pahang. Sebelum pulang kami sempat melihat apa yang dikatakan gasing Awang Semaun yang sudah berubah menjadi batu yang terletak di bibir sungai Pulau Berambang.

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s