Peringkat akhir perlawanan Gulintangan 2013 diadakan pada Sabtu lepas. Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri menjuarai pertandingan tersebut diikuti oleh Sekolah Menengah Muda Hashim (Naib Juara) manakala Maktab SOAS ditempat ketiga. Beberapa jenis pukulan dan irama dipertandingkan antaranya Serirama, Sakai, Ayasan, Gabungkuk, Raja Lalu dan Kudidi.
Monthly Archives: July 2013
Saliran air, Kg. Lugu
Saliran air yang dalam serta luas mengubah alam keliling Kampong Lugu. Beberapa tahun kebelakangan parit yang kecil menyebabkan banjir kilat dibeberapa tempat sepanjang jalan kampung sekiranya hujan lebat. Dikhabarkan kawasan perkuburan lama telah dimusnahkan oleh pemaju semasa membina saliran. Aku sempat bersiar-siar di kawasan sebelah hulu saliran namun belum berpeluang menziarahi kawasan kubur lama yang telah digondolkan oleh pemaju.