Monthly Archives: September 2011

Hari Guru 2011

Secara tradisi,  setiap kali menyambut hari Guru, STPRI akan mengadakan majlis kesyukuran dan makan tengah hari bersama-sama. Pada tahun ini majlis diadakan di Hotel Orkid, Berakas. Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah “Karpet Merah, Pakaian Tradidi Asia’ yang mana para guru akan dihakimi daripada sudut pakaian tradisi Asia yang menarik. Beraneka pakaian tradisi dapat disaksikan, hadiah cabutan bertuah untuk dimiliki oleh guru yang bertuah, makanan yang enak yang beraneka jenis serta permainan berkumpulan yang mengeratkan hubungan antara sesama rakan karyawan. Selamat Hari Guru!

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Main Kikik

Bermain kikik atau layang-layang memang biasa kita lihat di kawasan Kampung Air. Tidak dapat dinafikan orang kampung Air memang mahir bermain kikik. Beraneka bentuk dan berbagai nama khusus kikik diberikan seperti bilis, siar manjar, sijulak, lasik, jangkang lipat dan pelbagai nama lagi. Yang menariknya satu-satunya kampung di daerah Tutong yang aktif bermain kikik pada waktu senja ialah di Kg. Bukit Panggal. Setiap petang ramai belia yang bermain kikik, kemahiran mereka bermain kikik tidak kalah jika dibandingkan dengan permainan kikik orang kampung Air. Aku sendiri menyaksikan berbagai teknik lintuk-liuk kikik dipamerkan. Betapa mahirnya belia-belia kampung bermain kikik sedangkan permainan ini bukanlah permainan ‘joker’  bagi belia kampung jika dibandingkan dengan permainan gasing, sepak takraw atau bola sepak.

Tidak terasa waktu senja berlalu begitu cepat, memerhatikan kikik yang terapung di udara. Bermain kikik memang mengasyikkan dan menghayalkan tambahan melibatkan beberapa klompok belia yang mengulur kiki dari beberapa tempat yang berpisah; Ada yang meneraju kikik di kawasan padang sekolah, ada pula yang di kawasan masjid dan sekelompok pula di kawasan tanah lapang menuju ke rumah ketua Kampung.

Keseronokan pada waktu senja yang Allah SWT perintahkan untuk bertasbih berlalu begitu saja bagi mereka yang lalai. Sebaiknya apapun yang kita lakukan pada waktu-waktu yang Allah SWT perintahkan untuk bertasbih hendaklah kita lakukan walaupun sedang melakukan apa saja, sedang bekikik, bertani, beriadah lebih-lebih lagi ketika mengkhususkan waktu senja untuk bertafakur,  Demi Masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian…. kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan mereka yang beramal soleh.

2 Comments

Filed under Kenangan