Monthly Archives: February 2010

Halaman

Semenjak dua menjak ini aku jarang pulang ke kampung. Kalau pulangpun hanya sekejap. Kalau ada keluarga lepak di halaman rumah lamalah aku bersembang kalau tidak aku hanya sekadar mundar mandir dalam rumah kerana tiada orang untuk teman bercerita. Kebetulan beberapa hari yang lalu aku sempat memfoto  di belakang rumah. Masih ada beberapa ekor pelanduk dan beraneka jenis burung di dalam sangkar. Imanai, si budak kecil berserta anak kucing  sentiasa menemaniku ke mana sahaja aku pergi ketika mengelilingi rumah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Perhimpunan Hari Kebangsaan

Keluar rumah jam 6 pagi tidak menjanjikan untuk mendapat tempat letak kereta di kawasan Yaysan SHHB, sesampai di kawasan taman aku terpaksa berpatah balik kerana  jalan di kawasan tersebut telah ditutup, tiada ruang untuk meletak kereta di bahu jalan, semuanya telah diisi. Mahu tidak mahu aku meletakkan kereta di kawasan Sumbiling, berdekatan sebuah rumah kayu, aku bertuah kerana di sana ada kawasan lapang yang  ditumbuhi rumput tebal, sedikit semak ditumbuhi pokok ubi kayu liar. Berjalan kaki ke Taman SOAS mengambil masa 10 minit, hujan renyai-renyai ketika aku sampai dan memfoto pencaragam polis di kawasan bendera yang berdiri megah. Sementara menunggu ketibaan Kerabat Diraja aku hanya duduk di kawasan penonton di sebelah kanan sambil berteduh menantikan hujan reda. Sesampai KDYMM dan kerabat di kawasan taman  titisan hujan sudah tiada. Rami jurufoto di sekelilingku kerana menantikan KDYMM memeriksa barisan, memang spot tempatku berdiri betul-betul sebaris dengan tentera dan polis berdiri untuk baris penghormatan Diraja.

Semasa  para peserta berbaris masuk ke kawasan Pentas Diraja aku mengambil tempat di hujung pentas  kawasan para peserta keluar baris. Usai sahaja Para tetamu bersurai, aku tergesa-gesa pulang takut-takut kalau hujan turun kerana awan masih lagi berkepul-kepul hitam di angkasa. Kini sudah 26 tahun  negaraku Negara Brunei Darussalam menyambut hari Kemerdekaan.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Serasa: Bunga Api

Hembusan angin laut Serasa yang segar membuatkan aku mangambil masa untuk pulang sekalipun permainan bunga api sudah berlalu. Permainan bunga api  hanya lebih kurang 8 -15 minit.  Ketika bunga api bermula memancarkan cahaya di udara aku belum sedia sepenuhnya untuk memfoto sekalipun tripod, remote dan kamera sudah tersedia. Amat sukar dalam suasana gelap tanpa cahaya memfokus kedudukan bunga api, setting iso, aperture dan speed bercelaru, aku sepatutnya datang lebih awal, mengeset fungsi yang sesuai untuk  memfoto bunga api, dalam keadaan yang kelam kabut hasilnya tidaklah memuaskan. 

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kucing

Leave a comment

Filed under Aku

Raptai Penuh: Hari Kebangsaan

Hari Sabtu, raptai penuh latihan Hari Kebangsaan di Padang Taman SOAS diadakan, para jurufoto begitu ramai berkampung di  sana, bukan seperti hari-hari sebelumnya. Pada hari-hari sebelumnya hanya aku dan beberapa orang jurufoto  dari media tempatan yang setia  menjadi penonton di pentas Diraja. Kali ini, aku sampai lewat sedikt daripada hari-hari biasa, kesesakan jalan raya  tidak dapat dielakkan mahu tidak mahu kereta terpaksa berjalan terhenjut-henjut yang memaksa aku melatakkan kereta di kawasan ‘Parking Bertingkat’ bukan di kawasan letak kereta  Yayasan SHHB.

Para peserta sudah sedia dalam barisan masing-masing setibaku di sana, aku tidak sempat untuk singgah minum teh o di kedai mamak seperti biasa yang kulakukan sebelum berdiri berjam-jam di kawasan pentas Diraja. Aku seronok melihat perarakan berjalan lalu begitu kemas dan berwarna warni. Tanpaku sedari aku sudah mengetik lebih 1500 gambar. Semua apa yang kupetik ialah sejarah, sejarah perarakan Kemerdekaan ke 26. Sangat wajar tema kali ini, ‘Negaraku Brunei Darussalam’.

Leave a comment

Filed under Lensa

Lamtaroku -Kawasan Rumah Jerambak

Cahaya kekuningan di ufuk Barat, menambahkan efek objek yang hendak kufoto. Di sekitar tempat letak kereta sedikit demi sedikit Pengawal Kesalamatan mula berkumpul dan meletakkan kereta mereka di kawasan letak kereta Rumah Awang Jerambak kawasan Menglait, Gadong. Pada jam 6 petang seluruh kawasan sudah dikerumuni oleh pengawal kesalamatan yang hendak bertugas syif malam. Mereka melebih 100 orang, ada yang datang melihat apa yang kubuat manakala selebihnya berborak-borak dengan kekawan masing-masing.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Mengkudu -Kawasan Rumah Jerambak

Leave a comment

Filed under Lensa