Monthly Archives: June 2013

Sangkuang

Bersiar-siar di kawasan makam Sultan Bolkiah sambil menghirup udara segar dapat mengimbau kenangan serta sejarah kesultanan Melayu Brunei. Selain menyaksikan tempat-tempat galian sejarah, aku sempat menyaksikan pokok sangkuang. Buahnya sudah matang dan ranum. Rasa buah sangkuang yang masak masam-masam manis. Sedap, kalang manakala getah kulitnya sedikit gatal. Buah sangkuang di sana tidak akan bertahan lama, kerana beberapa ekor monyet sudah menghuni kawasan tersebut. Monyet-monyet akan memupul serta meluruh buah-buah yang ada, malahan akan merosakkan beberapa jenis tumbuhan semula jadi yang tumbuh segar di kawasan yang bersejarah tersebut sekiranya pihak-pihak tertentu tidak mengawasi serta menjaga kebersihan dan  kesalamatannya.

bss1

bss2

bss3

bss4

Leave a comment

Filed under Kenangan

Lumba Renang, Tutong

Pendedahan awal buat Dyhia dan Imani yang masih muda dalam sukan renang sangat baik untuk mencipta pengalaman. Mereka sudah berani menghadapi para perenang yang berpengalaman sedangkan Dyhia dan Imani baharu saja berkecimpung dalam sukan renang, masih dalam proses belajar teknik berenang. Amat dibanggakan juga tentang kemampuan mereka, jika dibandingkan dengan kawan seperjuangan mereka yang lain yang masih di tahap kicking. Dyhia dan Imani sudah boleh berenang gaya bebas, kuak dada, butterfly, dan backstroke. Kedua mereka ikut serta dalam freestyle 100 meter, backstroke 50 meter dan breaststroke 50 meter.

lr1

ir2

ir3

ir4

lr5

lr6

lr7

lr8

lr9

lr10

lr11

lr12

lr13

Leave a comment

Filed under Juara, Lensa

Menggurit Kunau

Bebarapa kawasan yang sangat popular untuk mencari atau menggurit Kunau antaranya ialah Pantai Belait dan Pantai Tutong.  Kunau sejenis karang yang jarang dijual di gerai-gerai atau di tamu-tamu kerana kesukaran memperolehinya. Kunau hanya digaurit ketika air tuhur atau surut. Walaupun kunau boleh dicari sepanjang tahun, namun untuk mencari kepadatan kunau perlu menunggu masa tertentu, mungkin saja pada bulan purnama, awal bulan Islam atau ketika bubuk membiak di persisiran pantai. Menggurit kunau tidaklah begitu sukar, kerana alatan penggurit yang digunakan mudah dipakai hanya tundukan badan sedikit kemudian heret atau tunda sepanjang pantai, sekiranya terdengar bunyi lakuk, sudah pasti ada kunau, kalau bukan bunyi lakuk mungkin saja berpunca daripada kulit kerang, batu atau kesising. Kunau yang sederhana besar akan terpancur keluar sekirannya terkena mata guritan.

Kunau amat sedap kalau direbus serai atau dibuat sup. Untuk menghilangkan pasir, kunau perlu direndam semalaman menggunakan air laut sebelum direbus, ketika direndam  kunau-kunau akan memuntahkan semua pasir yang terkandung diperut mereka.

mrt1

mrt2

mrt3

mrt4

mrt5

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Rencana, Sejarah

Mencari Siku

Ketika air surut  melantai adalah masa yang paling sesuai untuk mencari Siku, sejenis kerang yang menyerupai lukan malahan lebih mirip kepada kunau. Cuma isinya berwarna merah bukan putih seperti kunau. Siku hidup di kawasn berlumpur, kawasan bakau. Sekiranya dijual, harga Siku lebih mahal jika dibandingkan dengan harga kunau kerana rasanya lebih enak dan sukar didapat.

Untuk mendapatkan siku sesorang itu perlulah mahir mencari lubuk atau kawasan siku berlebur. Para pencari siku yang mahir akan dapat mencari siku sekalipun siku terbenam di dalam lumpur. Cukup sekadar memerhatikan mata-mata yang ada di tanah liat mereka sudah dapat mengagak berapa butir kerang yang mengeram di sana. Peralatan yang digunakan cukup sekadar besi yang runcing, mungkin saja parang, bujak atau tembuling untuk menyucuk keberadaan siku di dalam lumpur. Pengorbanan dan kesabaran amat perlu untuk mencari siku kerana agas, nyamuk, buli-buli akan menghurungi  ditambah dengan tanah lumpur yang meleket membuatkan kulit akan gatal lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkulit sensitif.

ms2

ms3

ms4

ms5

ms6

 

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Taman Kulimambang

Selain beriadah di tasik Merimbun , kita boleh melawat ke Taman Kulimambang. Masuk percuma, kawasan taman tidak seluas mana, dikelilingi pagar dan atap tembus udara. Beberapa buah kerusi disediakan untuk berehat melepas lelah sambil memerhati rama-rama berterbangan. Rama-rama bersembunyi dan menjauhkan diri kalau pelawat kuai lintas. Duduklah beberapa minit sambil memerhatikan di sekitar taman rekreasi, air cucuran yang mengalir, bebunga yang mekar, tumbuhan menghijau, lambat laun rama-rama akan berterbangan hinggap menghisap madu di celah-celah debunga. Beraneka warna rama-rama dapat disaksikan. Indah!

bt2

bt1

bt3

bt4

Leave a comment

Filed under fotorafi, Pilihan

Sumboi-sumboi

ss1

ss2

Sumboi-sumboi  atau periuk kera biasanya tumbuh di tanah pasir, tanah berasid, tidak subur lagi kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian daripada nitrogen yang diperlukannya. Semasa aku di alam remaja aku  sering memetik  sumboi-sumboi kecil  yang masih terutup. Sumboi-sumboi yang masih muda tertutup mengandungi  air yang  berlendir , memang selamat untuk diminum, selain  berkhasiat untuk melebatkan rambut sekiranya diurapkan di kepala.

Pada zaman kanak-kanak dahulu aku sering makan kuih sumboi-sumboi setiap kali majlis Makan Tahun atau kenduri Makan Malam Tujuh, rasanya sedap, namun sekarang amat sukar menemui kuih sumboi-sumboi, yang ada hanya kuih Delamu, rasanyanya tidak jauh berbeza kerana makanan ini dihasilkan daripada dedak beras. Apakah masih ada orang  yang pandai membuat kuih sumboi-sumboi?

Leave a comment

Filed under Kenangan

Jalan Hutan

jb1

jb2

jb3

Sudah sekian kalinya aku memasuki kawasan padi Lamunin, namun inilah kali pertama aku menyusuri jalan berdebu yang aku tidak tahu ke mana hala atau penghujung jalan ini .  Jalan berdebu ini  masih dalam pembinaan. Jalan yang merentasi hutan dan paya. Mungkin saja ke Pekan Tutong, mungkin!

 

Leave a comment

Filed under Kenangan