Medamit, terletak di pedalaman Limbang yang boleh diziarahi menggunakan perhubungan jalan raya selain daripada perhubungan sungai. Jalan raya menuju perkampungan ke Medamit sudah dibubuh batu dan tar, walaupun tidak sebaik mana, perhubungan tersebut memudahkan bagi orang luar mengunjunginya. Sesampai di Medamit setelah melintasi beberapa buah kampung yang mana sepanjang jalan dihiasai oleh kehijauan tumbuhan pertanian dan tumbuhan khatulistiwa yang semulajadi. Orang tempatan kebanyakannya berbangsa Iban. Bahasa Iban menjadi bahasa komunikasi penduduk di sana, tauke Cina di kedai runcit begitu fasih berbahasa Iban ketika berurus niaga dengan orang tempatan. Terdapat dua buah bangunan kedai di Medamit yang kebanyakannya tidak beroperasi. Namun begitu kedai runcit kepunyaan tauke Cina sudah memadai dan mencukupi untuk orang tempatan membeli keperluan seharian mereka.
Berdekatan dengan kawasan kedai tersegam Sekolah Menegah Kebangsaan Medamit yang mana sekolah inilah antara sekolah yang terbesar di Daerah Limbang. Oleh kerana Medamit terletak di kawasan pedalaman tidak hairan jika rumah penginapan mereka dibina ala kadar sahaja terutama rumah-rumah di hujung perkampungan. Hanya sebuah surau terletak di kawasan sekolah manakala di sepanjang jalan beberapa buah gareja yang menunjukkan penghuni di kawasan Medamit ramai yang menganut agama Kristian malahan ada yang berpegang kepada amalan Bahai, ini amat jelas kerana terdapat komuniti Bahai di sana, sedangkan kepercayaan Bahai diwartakan sebagai amalan sesat: http://www.sabah.edu.my/cwm010/ajaransesat.htm