Selain menggunakan lensa standard kamera DSLR, aku memiliki lensa alternatif, Lens Baby Composer Pro Sweet 35. Lensa ini hanya kugunakan untuk memfoto objek agar menghasilkan imej yang abstrak atau kreatif. Aku tertarik melihat hasilnya yang mana sebahagian daripada foto ‘out of focus’.Selain itu, aku gunakan juga untuk menghasilkan Fine Art Photography. Lensa ini diilhamkan oleh dua orang sahabat, iaitu Craig Strong dan Sam Pardue, memang mempunyai keunikan dalam merakam imej. Kalau lensa biasa menghendaki kesejajaran lensa-lensa yang ada di dalam sesebuah badan lensa, Lens Baby justru boleh dibengkang-bengkokkan. Sebuah Lens Baby mempunyai satu bahagian yang merakam imaj jelas lagi tajam,bagian yang disebut ”sweet spot”. Di luar ”sweet spot”, imej yang dirakam Lens Baby tidaklah tajam, tetapi ketidaktajaman itu secara penampilan sangat unik dan berbeza daripada blur yang dihasilkan lensa normal. Efek daripada ketidaksejajaran Lens Baby adalah efek kekaburan gambar yang di satu sisi merupakan ”cacat”, tetapi di sisi lain justru merupakan nilai plus kerana ”kekaburan” kadang-kadang memang dicari untuk mengeliminasi bagian-bagian foto yang dianggap tidak penting.Memakai Lens Baby sangatlah sederhana dan mudah. Memakai Lens Baby berarti memakai pengaturan fokus secara manual. F stop manual, tiada koneksi elektronik dengan kamera. Namun begitu aku tidaklah sekerap mana menggunakan lensa ini, melainkan untuk menukar selera untuk menghasilkan imej yang Out of Focus.