Taman Rekreasi Hutan Sg. Liang

Hari ini aku bercadang untuk pergi ke Wasai Wang Kadir, Labi. Memandangkan cuaca kurang mengizinkan aku hanya singgah di Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang. Sesampai di sana aku membeli secawan air samboi,  untuk kubawa semasa berjalan-jalan sepanjang denai. Pagi Rabu ini tidak ramai pengunjung, ada  beberapa buah kereta diletakkan di kawasan penaruhan kereta. Suasana sungguh menyegarkan, beberapa jenis pohon kayu ditanda dengan nama-nama saintifik yang sukar untuk disebut. Beberapa pondok, taman permainan, takungan air sudah dibuat untuk menambahkan lagi suasana santai untuk berekreasi. Berjalan mengikut denai yang bersih amat sesuai untuk berjogging atau berjalan-jalan untuk menjaga kesihatan.  Jejambat di atas pokok sudah tidak dibenarkan masuk tanpa izin Jabatan Perhutanan, demi keselamatan. Dulu aku pernah naik di tempat itu. Sebelum balik, aku sempat berbual-bual dengan penjual minuman di sana, yang ironiknya dia  mengesyaki aku sebagai pemberita. Aku mengatakan aku bukan serorang pemberita, aku hanya ingin menikmati keindahan ciptan Tuhan.

sl1

sl2

sl3

sl4

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “Taman Rekreasi Hutan Sg. Liang

  1. E.N.M

    Salam. Entri yang menyeronokkan untuk dibaca namun sedang ralit meneliti , tiba2 keseronokkan itu seperti dipancung. Cerita yang seronok itu takde penghujung. Entri yg selanjutnya, tulis ler penutupnya yer. Teruskan menulis.

  2. fotorafi

    waalaikum salam E.N.M , Terima kasih atas komennya.

Komen anda: