Daily Archives: June 19, 2009

Bukit Bendera, Tutong

Usai sahaja servising kereta, aku pergi ke Bukit Bendera, Tutong. Singgah di kawasan Dewan Kenangan. Rehat seketika merenung keindahan kawasan tersebut. Di seberang jalan, sekolah Menengah Sufri Bolkiah masih megah berdiri- dulu aku pernah bersekolah di sana, satu-satunya sekolah yang membesarkan aku, sejak berusia 10 tahun hingga 17 tahun. Mungkin suatu masa nanti aku bertugas di sana…

Pekan tutung semakin cantik,¬† persediaan untuk menyambut Hari Keputeraan sudah ketara. Cuma rumput di kawasan Dewan Kenangan tumbuh meliar, mungkin sudah lebih 2 minggu tidak dipotong. Yang menyedikan aku beberapa contengan yang tidak bermaruah terdapat di tembok arca. Semua ini angkara mereka yang tidak¬† bermoral, tidak menyangi harta benda milik sendiri, ketahuilah pekan Tutong pekan kita… apa-apa jua harta benda kerajaan yang disediakan untuk orang ramai adalah milik kita, kita perlu menjaganya…

Apa yang menarik hari ini cahaya matahari dilingkari bulatan yang menarik… Suasan hari ini seakan dimeriahkan dengan lingkaran neon yang terang benderang.. semua ini nikmat Tuhan yang maha memberi nikmat.

pt1

pt2

pt4

Leave a comment

Filed under Uncategorized