Daily Archives: June 28, 2009

Ulam dan Telur Ayam Kampung

Sudah menjadi kebiasaanku makan nasi bersama sayur setiap kali makan tengah hari. Dua hari lepas, aku teringin untuk makan ulam, kerana sayur  ketika itu hanya  kubis masak tumis. Aku  pergi ke halaman rumah mencari pokok rancah-rancah yang tumbuh rimbun terbiar tanpa jagaan yang selayaknya.  Apatah lagi sambal belacan yang kubeli beberapa hari sebelumnya masih tersimpan dalam peti ais. Pokok rancah-rancah ini jarang diusik, cuma aku saja yang sekali sekala memetik pucuknya. Makan ulam sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Sedang aku memetik pucuk rancah-rancah aku terserempak tiga biji telur ayam di tengah-tengah rimbunan rumpun pokok rancah-rancah.  Telur ayam ini pasti kepunyaan si India yang berniaga di seberang rumah kerana aku tidak memelihara ayam kampung. Aku tahu khasiat ayam kampung kalau direbus sangat mujarab untuk kesihatan terutama kekuatan bathin (?). Kata orang tua-tua, lebih berkhasiat kalau dicampur madu dan beberapa jamu yang lain. Namun aku tidak tergamak untuk mengambilnya, biarkanlah telur ayam itu di sana sehingga menetas.

ak1

ak2

Advertisements

2 Comments

Filed under Uncategorized