Category Archives: Kenangan

Nak Pulau, Bukit Kukup

Pertama kali aku menuju ke Nak Pulau embun masih melekat di daunan dan rerumput, masih waktu pagi. Nak Pulau  terletak di Kg. Bukit Udal, di banjaran bukit Kukup. Kawasannya tidaklah seluas mana, hanya terdapat air atau tasik kecil di tengah-tengah kawasan peranginan tersebut. Kawasan peranginan begitu menyegarkan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, pokok renek dan belukar yang tumbuh melata menghiasi kawasan yang menghijau. Katika mengeliling tasik aku menyaksikan terdapat sebuah perigi yang bercirikan perigi tradisi orang Melayu / Dusun. Airnya jernih,dingin lagi redup dilindungi atap zink, namun disebabkan tanah dan akar yang menyelubungi perigi berwarna gelap maka air perigi juga terpengaruh kehitaman. Apabila diceduk menggunakan batok yang disediakan airnya tetap jernih. Di bahagian belakang taman terdapat beberapa jenis tanaman atau pulau buah-buahan.

Di tengah tasik terdapat Bangkar (rumah rakit) yang terapung-apung di atas air  dengan keluasan 26 kaki panjang dan 13 kaki lebar. Bangkar ini pernah digunakan semasa Pesta Air sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD yang ke 60 tahun di Daerah Tutong pada tahun 2006.

nk2

nk3

nk4

nk5

nk6

nk7

nk8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Lensa

Menara Canton

Menara Canton atau Canton Tower di Guangzhou sebelum ini dikenali sebagai Haixin Tower. Selain itu, menara ini dikenali juga sebagai Guangzhou TV & Sightseeing Tower. Ia adalah sebuah menara pemerhati di Daerah Haizhu yang menggambarkan Guangzhou sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan menarik. Aku menyempatkan diri naik di menara memerhatikan bandar raya di sekitar kawassan tersebut. Sungguh indah.

Menara Canton adalah menara tertinggi di China dan merupakan struktur “freestanding” keempat tertinggi di dunia. Ia juga merupakan menara televisyen yang tertinggi di dunia dengan 108 tingkat. Menara ini mempunyai 37 tingkat dengan program termasuk ruang untuk pameran, pusat persidangan, panggung wayang, restoren, taman luar berserta kafe, dan dek untuk meninjau sekeliling bandaraya Guangzhou. Bayaran untuk naik ke atas ada beberapa pakaj dan yang paling murah 150 yuan.

mc1

mc2

mc3

mc4

mc7

mc5

mc8

mc6

mc9

Leave a comment

Filed under Kenangan, Lensa

Masjid Huaisheng, Guangzhou

Masjid Huaisheng adalah masjid tertua yang berumur 1.300 tahun dan bersejarah di Guangzhou, China. Meskipun berusia ribuan tahun, masjid ini  masih utuh, sangat klasik lagi indah.

Masjid yang dibangun pada tahun 678 M ini terletak di Jalan Guang Ta Lu, Koya Guangzhou, Provinsi Guangdong. Daripada bentuk fisikalnya, masjid ini tidak seperti masjid pada umumnya. Masjid Huaisheng ini tidak memiliki kubah, malahan dikelilingi oleh tembok berwarna merah dengan gapura yang bertuliskan huruf-huruf China.

Masjid ini memiliki menara atau yang dalam bahasa China disebut ‘Minaret’ yang terletak di bagian depan, samping kanan pintu masuk. Menara inilah yang tersisa dari bangunan yang dibangun pada abada ke-7  masihi. Menara setinggi 36 meter dengan diameter 8,7 meter ini  dibeberapa bagiannya telah mengelupas dan ditumbuhi perdu.

Selain menara, masjid ini juga memiliki bangunan gapura yang bertuliskan bahasa Arab, toko alat ibadah, pusat kegiatan, dan dokumentasi sejarah masjid tersebut.

Aula yang menjadi tempat ibadah utama berada di bagian belakang masjid. Sedangkan di bagian belakang aula tersebut terdapat ruangan khusus untuk pameran souvenir dari berbagai negara berupa Al-quran dan artifak yang laii.

Kompleks masjid seluas 3.800 meter persegi, seni binanya berunsurkan bangunan tradisi China seperti lekukan atap dan ornamen di dindingnya. Namun beberapa baghaiannya terdapat tulisan Arab.

Lokasi di sekitar masjid ini merupakan kawasan padat dengan banyak pasar mini dan toko-toko. Tidak ramai orang muslim yang tinggal di kawasan itu. Jika ada pun, kebanyakan daripada mereka ialah warga negara asing. Namun begitu restoran halal yang besar terdapat di kawasan tersebut hanya beberapa blok  dan membelok ke kiri dari masjid tersebut.

Di kota yang Guangzhou, Islam pertama kali dibina di China oleh sahabat Nabi Muhammad saw, Saad bin Abi Waqash r.u . Saad r.u datang pada awal masa pemerintahan Dinasti Tang 627-649 M. Ketika pertama kali sampai di Cina beliau membangun masjid di kawasan ini dan  dilanjutkan oleh kaum Muslim dan beberapa dinasti.

hg6

 

hg1

hg2

hg3

hg7

hg4

hg9

hg5

hg8

hg10

 

 

 

1 Comment

Filed under Kenangan, Sejarah

Telaga Pasir Sarangan

Telaga Sarangan terletak di Magetan, Jawa Timur, tepatnya di kaki Gunung Lawu. Jika dari Kota Magetan, telaga ini berada sekitar 16 kilometer. Sepanjang perjalanan,  Kita akan disuguhkan pemandangan indah di sekitar Gunung Lawu.

Telaga ini luasnya sekitar 30 hektar dengan kedalaman 28 meter. Telaga atau tasik ini sangat luas dan cantik. Apa yang membuatnya semakin cantik adalah bukit yang menghijau yang mengelilingi telaga. Tambahan pula udara dingin yang menyelimuti telaga membuat pelancong atau pelawat semakin seronok berlama-lama di sana.

Ada banyak aktiviti yang boleh wisatawan lakukan ketika berada di Telaga Pasir Sarangan.Di sana terdapat kuda untuk di sewa. Aku sendiri telah menunggang kuda mengelilingi tasik, ini adalah kali pertama aku menunggang kuda malahan aku dilepaskan bersendirian setelah diajar oleh pemilik kuda bagaimana cara menunggang yang betul. Aku begitu seronok mendengar bunyi  lekukan telapak kuda setiap kali ia melangkah. Kuda dapat kuolah ke kiri dan ke kanan mengikut rentak dan naluriku, perlahan dan cepat kuda yang sudah dilatih akan mengikut saja arahanku. Seronok. Selain itu aku dan teman-teman sempat juga menaiki perahu motor mengelilingi kawasan tasik yang luas.

Bagi yang ingin menginap, di sekitar Telaga Pasir Sarangan telah terdapat banyak penginapan. Jika ingin membeli barang hadiah atau suvenir, ada banyak toko suvenir tersedia di Telaga Warna.Restoran ‘Rejeki’ menjadi tumpuanku untuk makan santai sambil berehat minum STMJ (susu telur madu dan halia) panas.

Telaga Pasir Sarangan juga memiliki legenda yang menarik. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, telaga ini terbentuk karena suami istri yang berubah menjadi naga.

Pada malam hari dikedinginan hembusan angin aku sempat makan satey bersama teman-teman. Sepiring  satey  10 cucuk bersama ketupat hanya BND 1.20. Di sinilah juga kali pertama aku makan satey kelinci atau  satey arnab. Rasanya seperti satey ayam.  Kawasan wisata ini lebih ramai pengunjung pada hujung minggu manakala pada hari-hari biasa kawasan ini akan lengang setelah waktu senja.

sg9

sg8

sg7

sg6

sg5

sg4

sg3

sg2

Daie, hafiz lagi alim : Ust. Shukri & Ust. Umair

sg1

Foto yang dicetak berharga IR10,000

Leave a comment

Filed under Aku, Kenangan, Rencana

Merarap Hotspring, Lawas

Perjalanan ke Merarap dari pekan Lawas memakan masa 2 jam setengah, tertakluk kepada keadaan, kebetulan ketika aku ke sana hujan turun sepanjang hari. Aku di kota Lawas lebih kurang jam satu petang dan sampai di Merarap Hotsping mendekat pada pukul 4 petang. Jalan tanah licin sera berhangilut membuatkan aku memandu agak perlahan tambahan inilah kali pertama aku menuju ke Merarap, tambahan kawasan jalan balak yang mempunyai peraturan mereka tersendiri, ada kalanya ikut di lorong kiri, ada kalanya di lorong kanan. Kawasan jalannya berbukit bukau serta berselekoh. Oleh kerana pemandangan yang indah serta cantik membuatkan jarak yang jauh terasa dekat.

Sesampai di Merarap kami menyewa bilik no 7 berserta hidangan makan malam. Tidak lama selepas itu, pertama-tama yang kubuat adalah menukar pakaian untuk berendam di kolam air panas. Aku berendam dan berendam sehingga puas. Seronok! Jam 6 petang makan malam sudah disediakan, ikan dan ayam goreng kampung, sayur kacang dan sawi tumis serta terong gorang sungguh menyelerakan, lazat! Sebelum tidur kopi panas disediakan. Malam yang dingin, sejuk tanpa pendingin hawa, tanpa kipas, tanpa TV, tanpa radio hanya bunyi tangil serta deruan air sungai mendodoikan tidur malam di Merarap. Esok paginya seawal 5:15 pagi aku sudah mandi, berendam di kolam air panas. Semasa aku turun untuk mandi Pengurus Hotspring sudah awal menyapaku, dialah yang menemani kami berbual dan bersarapan pagi selain daripada pekerja geologist dari Negara China yang membuat kajian di sana.

mr8

mr3

mr5

mr6

mr2

mr4

mr11

mr10

Leave a comment

Filed under Kenangan, Pilihan

Ladang Padi Lubok Gusi, Bakiau

Ladang padi Lubok Gusi di kampong Bakiau sangat indah pada waktu pagi mahupun pada waktu senja, siulan burung-burung yang berkicauan mendendangkan berbagai rima dan alunan. Teratai yang tumbuh di parit beraneka jenis, kerbau berkeliaran di kawasan kandang menjadi penghuni setia dihurungi nyamuk, lalat serta burung bangau yang berkongsi mencari peluang makan bersama, pokok renek yang menghijau serta riak air daripada tungapan ikan dapat disaksikan sepanjang menyususri parit di ladang tersebut. Hanya yang tidak ditemui harta karun yang dikenali sebagai ‘gusi’. Gusi merupakan tempayan kecil yang biasanya berisi harta karun dan akan timbul dipusaran air cetek sebagai rezeki yang tiada diduga kepada sesiapa yang bernasib baik.

pbk2

pbk3

pbk4

pbk5

pbk6

pbk7

pbk8

pbk9

Leave a comment

Filed under Kenangan

Saliran air, Kg. Lugu

Saliran air yang dalam serta luas mengubah alam keliling Kampong Lugu. Beberapa tahun kebelakangan parit yang kecil menyebabkan banjir kilat dibeberapa tempat sepanjang jalan kampung sekiranya hujan lebat. Dikhabarkan kawasan perkuburan lama telah dimusnahkan oleh pemaju semasa membina saliran. Aku sempat bersiar-siar di kawasan sebelah hulu saliran namun belum berpeluang menziarahi kawasan kubur lama yang telah  digondolkan oleh pemaju.

kl1

kl3

kl4

kl5

Leave a comment

Filed under Kenangan, my

Sangkuang

Bersiar-siar di kawasan makam Sultan Bolkiah sambil menghirup udara segar dapat mengimbau kenangan serta sejarah kesultanan Melayu Brunei. Selain menyaksikan tempat-tempat galian sejarah, aku sempat menyaksikan pokok sangkuang. Buahnya sudah matang dan ranum. Rasa buah sangkuang yang masak masam-masam manis. Sedap, kalang manakala getah kulitnya sedikit gatal. Buah sangkuang di sana tidak akan bertahan lama, kerana beberapa ekor monyet sudah menghuni kawasan tersebut. Monyet-monyet akan memupul serta meluruh buah-buah yang ada, malahan akan merosakkan beberapa jenis tumbuhan semula jadi yang tumbuh segar di kawasan yang bersejarah tersebut sekiranya pihak-pihak tertentu tidak mengawasi serta menjaga kebersihan dan  kesalamatannya.

bss1

bss2

bss3

bss4

Leave a comment

Filed under Kenangan

Menggurit Kunau

Bebarapa kawasan yang sangat popular untuk mencari atau menggurit Kunau antaranya ialah Pantai Belait dan Pantai Tutong.  Kunau sejenis karang yang jarang dijual di gerai-gerai atau di tamu-tamu kerana kesukaran memperolehinya. Kunau hanya digaurit ketika air tuhur atau surut. Walaupun kunau boleh dicari sepanjang tahun, namun untuk mencari kepadatan kunau perlu menunggu masa tertentu, mungkin saja pada bulan purnama, awal bulan Islam atau ketika bubuk membiak di persisiran pantai. Menggurit kunau tidaklah begitu sukar, kerana alatan penggurit yang digunakan mudah dipakai hanya tundukan badan sedikit kemudian heret atau tunda sepanjang pantai, sekiranya terdengar bunyi lakuk, sudah pasti ada kunau, kalau bukan bunyi lakuk mungkin saja berpunca daripada kulit kerang, batu atau kesising. Kunau yang sederhana besar akan terpancur keluar sekirannya terkena mata guritan.

Kunau amat sedap kalau direbus serai atau dibuat sup. Untuk menghilangkan pasir, kunau perlu direndam semalaman menggunakan air laut sebelum direbus, ketika direndam  kunau-kunau akan memuntahkan semua pasir yang terkandung diperut mereka.

mrt1

mrt2

mrt3

mrt4

mrt5

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Rencana, Sejarah

Mencari Siku

Ketika air surut  melantai adalah masa yang paling sesuai untuk mencari Siku, sejenis kerang yang menyerupai lukan malahan lebih mirip kepada kunau. Cuma isinya berwarna merah bukan putih seperti kunau. Siku hidup di kawasn berlumpur, kawasan bakau. Sekiranya dijual, harga Siku lebih mahal jika dibandingkan dengan harga kunau kerana rasanya lebih enak dan sukar didapat.

Untuk mendapatkan siku sesorang itu perlulah mahir mencari lubuk atau kawasan siku berlebur. Para pencari siku yang mahir akan dapat mencari siku sekalipun siku terbenam di dalam lumpur. Cukup sekadar memerhatikan mata-mata yang ada di tanah liat mereka sudah dapat mengagak berapa butir kerang yang mengeram di sana. Peralatan yang digunakan cukup sekadar besi yang runcing, mungkin saja parang, bujak atau tembuling untuk menyucuk keberadaan siku di dalam lumpur. Pengorbanan dan kesabaran amat perlu untuk mencari siku kerana agas, nyamuk, buli-buli akan menghurungi  ditambah dengan tanah lumpur yang meleket membuatkan kulit akan gatal lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkulit sensitif.

ms2

ms3

ms4

ms5

ms6

 

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana