Daily Archives: March 28, 2014

Ponkesdes, Gendi langit

Kampong Ponkesdes terletak di Gendi Langit dibawah Pemerintah Kabupaten  Magetan, Jawa Timur. Cuaca di Ponkesdes begitu dingin. Hujan acap kali membasahi bumi. Penduduknya ramah tamah, ramai daripada penduduknya beragama Hindu namun sudah ramai juga yang menganut agama Islam setelah kedatangan pendakwah ke kawasan tersebut. Beberapa orang penduduk yang beragama Islam menceritakan, sebelum Islam mereka menyembah alam, pokok-pokok, batu-batu dan apa jua  benda yang dianggap keramat. Di kawasan puncak kampung masih kokoh terbina makam orang yang dikeramatkan atas jasa membuka kampung tersebut, Beliau juga penganut agama Hindu.

Di Ponkesdes aku sempat berkenalan dengan orang tempatan, yang mana beliau telah memberiku sepohon pisang yang berbuah masak hijau, katanya pisang itu hanya tumbuh di kawasan pergunungan. Alhamdulillah pisang tersebut sedang subur di halaman rumah. Selain itu, dua orang sahabat dari Pasentren Al-Fattah bergabung selama beberapa hari; Maulana Wahab tenaga pengajar Shahih Bukhari dan Syekh Ibrahim dari Yaman juga seorang alim yang katanya berazam untuk bermastautin di Indonesia. Ketika aku hendak pulang ke Brunei, aku mendengar khabar beliau sedang melakukan suluk di Temboro. Selain daripada dua orang tersebut seorang lagi teman yang sentiasa bersama kami ialah Ismail Torrie dari Afrika yang fasih berbahasa Perancis, Orangnya menyenangkan, bersopan santun dan lemah lembut.

Selama beberapa hari di Ponkesdes, aku dapat menyaksikan keindahan alam semula jadi, udara yang segar, air yang sejuk lagi jernih, tumbuhan menghijau, buah-buahan dan sayur-mayur yang segar-bugar.

Subhanallah. Alhamdulillah.

pt1

pt2

pt3

pt4

 

pt7

pt10

 

pt5

pt9

pt8

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Pilihan, Rencana

Taman Rekreasi Bukit Hitam

Taman Rekreasi Bukit Hitam terletak tidak jauh dari pekan Limbang. Untuk sampai ke tempat tersebut hanya memakan masa beberapa minit, oleh kerana jalan kecil yang berbatu-batan membuatkan kenderaan terpaksa dipandu perlahan apatah lagi, jalan yang dilalui merentas kebun / pulau buah-buahan penduduk tempatan. Berbagai kemudahan telah disediakan bagi kemudahan orang awam, tandas, bilik mandi malahan disediakan juga tempat menyalai BBQ. Di bahagian dalam pondok-pondok tempat berehat juga telah disediakan. Kawasan tersebut memang sesuai untuk berekreasi,bermandi-manda dan beriadah.

Apa yang menjadi kekesalan bagiku hanyalah sikap sebahagian pengunjung yang tidak menjaga kebersihan kawasan peranginan. Sampah sarap dilonggokkan dan ditinggalkan begitu saja. Semoga setiap pengunjung sama-sama peihatin menjaga kebersihan kawasan tersebut.

ssbh1

bh2

bh3

bh4

bh5

bh6

bh7

bh8

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan