Daily Archives: March 27, 2014

Nak Pulau, Bukit Kukup

Pertama kali aku menuju ke Nak Pulau embun masih melekat di daunan dan rerumput, masih waktu pagi. Nak PulauĀ  terletak di Kg. Bukit Udal, di banjaran bukit Kukup. Kawasannya tidaklah seluas mana, hanya terdapat air atau tasik kecil di tengah-tengah kawasan peranginan tersebut. Kawasan peranginan begitu menyegarkan, tumbuh-tumbuhan yang menghijau, pokok renek dan belukar yang tumbuh melata menghiasi kawasan yang menghijau. Katika mengeliling tasik aku menyaksikan terdapat sebuah perigi yang bercirikan perigi tradisi orang Melayu / Dusun. Airnya jernih,dingin lagi redup dilindungi atap zink, namun disebabkan tanah dan akar yang menyelubungi perigi berwarna gelap maka air perigi juga terpengaruh kehitaman. Apabila diceduk menggunakan batok yang disediakan airnya tetap jernih. Di bahagian belakang taman terdapat beberapa jenis tanaman atau pulau buah-buahan.

Di tengah tasik terdapat Bangkar (rumah rakit) yang terapung-apung di atas airĀ  dengan keluasan 26 kaki panjang dan 13 kaki lebar. Bangkar ini pernah digunakan semasa Pesta Air sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan NBD yang ke 60 tahun di Daerah Tutong pada tahun 2006.

nk2

nk3

nk4

nk5

nk6

nk7

nk8

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Lensa