Daily Archives: August 26, 2013

Bukit Kalamasi

Beriadah pada hujung minggu di Bukit Kalamasi yang terletak di banjaran Bukit Saeh, Lumapas dapat dijadikan asbab untuk menyihatkan tubuh badan. Kebetulan aku  begitu teruja untuk mendaki bukit Kalamasi aku terlupa untuk membawa minuman ketika pendakian tersebut. Berjalan di buhur bukit dapat menyaksikan keindahan kampung air. Terasa lelah setelah sejam perjalanan menyusur buhur bukit tambahan itulah kali pertama aku masuk di kawasan tersebut, memang selain mendaki bukit Kalamasi aku ingin mendaki menembusi  ke Bukit Saeh. Aku keliru antara bukit Kalamasi dengan bukit Buang Sakar kerana tiada panduan atau tanda yang menunjukkan antara bukit Buang Sakar dengan bukit Kalamasi. Aku berhati-hati mengikut rantis dan denai yang disediakan, takut-takut kalau aku tersasar atau tersesat, kerana ada kes orang yang telah tersesat bersama anak yang masih lagi menyusu botol, mereka ditemui pada keesokan harinya beberapa kilometer dari bukit Saeh.

Semasa dalam perjalanan aku dapat menyaksikan keindahan kampung air di sebelah kanan manakala di sebelah kiri aku dapat menyaksikan kampong Bolkiah selain beberapa bekas aktiviti orang tempatan seperti tibakan kayu untuk mencari teras pokok untuk dijadikan gasing, bekas tapak pukat burung puagam beserta kulit umbut palah dan juga kulit pokok yang dikikis untuk dijadikan turus pagar. Aku berpatah balik setelah aku terasa dahaga, aku ingin mencari wasai di kawasan tersebut tetapi tidak kutemui. Aku berjalan perlahan-lahan  pulang sambil memfoto bagi mengelakkan kehilangan tenaga yang berlebihan. Semasa pulang ini aku berhati-hati menuruni lurah yang curam yang mana beberapa kawasan bukit telah susur. Akhirnya aku sampai di kampong Setia pada pukul duabelas tengah hari.

bk2

bk4

bk1

bk3

bk7

bk8

bk5

bk6

bk9

bk10

Advertisements

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Kugiran Kampung

Di halaman rumah Hadi beberapa orang belia kampung jamming sempena rumah terbuka Hari Raya. Ketika ditanya kepada si Muly apa nama band mereka, mudah saja jawabnya sambil tersenyum,  Band Kg Bukit Panggal. Para pemainnya memang orang jati kampung. Band ini ditubuhkan tahun lepas, namun sudah beberapa kali dijemput di majlis-majlis perkahwinan bagi menghiburkan para tetamu dan hadirin, bukan saja di dalam kampung malahan ke kampung-kampung jiran. Aku tidak menyangka si Muly begitu mahir bermain gitar apatah lagi dia sebagai leading guitarist, kerana dia tidak pernah menunjukkan kemahiran bermain gitar atau bercerita yang berlebihan tentang kemahirannya ketika kami berkumpul dan berborak-borak, yang diceritakannya selalu hanyalah tentang menangkap ikan di laut takat sehingga ada takat disebut Takat si Muly.

Memandangkan usia para pemain semakin matang jadinya lagu-lagu yang mereka miankan terdiri daripada lagu-lagu klasik yang beraneka rentak  dan irama.

kk2

kk1

kk4

kk3

jk6

kk7

kk6

kk5

bkk7

bkk8

bkk6

Leave a comment

Filed under Uncategorized