Daily Archives: June 23, 2013

Menggurit Kunau

Bebarapa kawasan yang sangat popular untuk mencari atau menggurit Kunau antaranya ialah Pantai Belait dan Pantai Tutong.  Kunau sejenis karang yang jarang dijual di gerai-gerai atau di tamu-tamu kerana kesukaran memperolehinya. Kunau hanya digaurit ketika air tuhur atau surut. Walaupun kunau boleh dicari sepanjang tahun, namun untuk mencari kepadatan kunau perlu menunggu masa tertentu, mungkin saja pada bulan purnama, awal bulan Islam atau ketika bubuk membiak di persisiran pantai. Menggurit kunau tidaklah begitu sukar, kerana alatan penggurit yang digunakan mudah dipakai hanya tundukan badan sedikit kemudian heret atau tunda sepanjang pantai, sekiranya terdengar bunyi lakuk, sudah pasti ada kunau, kalau bukan bunyi lakuk mungkin saja berpunca daripada kulit kerang, batu atau kesising. Kunau yang sederhana besar akan terpancur keluar sekirannya terkena mata guritan.

Kunau amat sedap kalau direbus serai atau dibuat sup. Untuk menghilangkan pasir, kunau perlu direndam semalaman menggunakan air laut sebelum direbus, ketika direndam  kunau-kunau akan memuntahkan semua pasir yang terkandung diperut mereka.

mrt1

mrt2

mrt3

mrt4

mrt5

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Kenangan, Rencana, Sejarah

Mencari Siku

Ketika air surut  melantai adalah masa yang paling sesuai untuk mencari Siku, sejenis kerang yang menyerupai lukan malahan lebih mirip kepada kunau. Cuma isinya berwarna merah bukan putih seperti kunau. Siku hidup di kawasn berlumpur, kawasan bakau. Sekiranya dijual, harga Siku lebih mahal jika dibandingkan dengan harga kunau kerana rasanya lebih enak dan sukar didapat.

Untuk mendapatkan siku sesorang itu perlulah mahir mencari lubuk atau kawasan siku berlebur. Para pencari siku yang mahir akan dapat mencari siku sekalipun siku terbenam di dalam lumpur. Cukup sekadar memerhatikan mata-mata yang ada di tanah liat mereka sudah dapat mengagak berapa butir kerang yang mengeram di sana. Peralatan yang digunakan cukup sekadar besi yang runcing, mungkin saja parang, bujak atau tembuling untuk menyucuk keberadaan siku di dalam lumpur. Pengorbanan dan kesabaran amat perlu untuk mencari siku kerana agas, nyamuk, buli-buli akan menghurungi  ditambah dengan tanah lumpur yang meleket membuatkan kulit akan gatal lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkulit sensitif.

ms2

ms3

ms4

ms5

ms6

 

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana