Wasai Beluluk, hanya mengambil masa 20 minit perjalanan untuk sampai dari simpang Wasai Teraja. Wasai ini berdekatan dengan rumah panjang yang mana sumber air rumah panjang Teraja diraih dari wasai ini. Semasa kami sampai di situ, tempat baru saja dikosongkan oleh orang tempatan yang mencari sumber rezeki dari alam semula jadi. Longgokkan bara api masih menyala. Wasai ini tidaklah seindah wasai Teraja, namun cukup baik untuk beriadah bersama keluarga.
Daily Archives: February 25, 2013
Wasai Teraja
Untuk sampai ke Wasai Terasa dari Pos Polis memakan masa lebih kurang 40 minit. Oleh kerana, keadaan denai atau rantis hutan yang dilalaui becak dan mengelirukan kami terpaksa berjalan berhati-hati. Beberapa kali kami menyeberangi anak sungai, mujur airnya agak cetek, tiada bukit atau lereng bukit yang curam diharungi. Sesampai di wasai, aku tanpa membuang masa mandi di tasik yang membiru, bersiram di bawah titisan air di kawasan sebelah kanan wasai dan di bawah hiliran air deras wasai.