Daily Archives: August 17, 2012

27 Ramadhan

Pada penghujung Ramadhan , gerai Ramadhan Kg. Sungai Kebun yang biasanya dipenuhi dengan penjaja dan pengunjung semakin lengang. Hanya terdapat beberapa buah pondok yang masih berdagang juadah penyungkaian. Sinaran mentari senja selepas solat Asyar masih membahang, sekali sekala diselubungi asap dari  salaian penjaja sate. Suasana yang panas didingini oleh angin yang berhembus dari Sungai Brunei. Kepergian Ramadhan sudah semakin terasa manakala kemunculan Aidil Fitri hanya sehari dua lagi. Semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan