Monthly Archives: March 2012

Senja di halaman rumah

Tumbuhan renek yang menghasilkan bunga berwarna merah berjambul putih menraik perhatianku. Bunga ini tumbuh di tebing parit di halaman rumah. Namun, aku tidak tahu apakan nama bunga renek ini dan apakah pula khasiatnya? Biasanya kalau bunga yang disukai oleh binatang seperti semut atau kerangga pasti ada khasiatnya.

Ubi kayu berisi kuning yang tumbuh di sepanjang pagar halaman menjadi pelindung dan tempat burung bertinggir rupa-rupanya juga menjadi pelindung kepada belingkasa. Belingkasa ini mungkin senang tinggal dan menatap di pepohon ubi dikeranakan terdapat serangga yang berkeliaran di kawasan tersebut yang menjadi sumber rezeki baginya.Pokok-pokok ubi berisi kuning walaupun tumbuh subur, aku belum pernah memungkangnya apatah lagi untuk menggalinya. Namun ada juga beberapa orang jiran yang meminta izin untuk mengambilnya dan sudah pasti mengambilnya secara percuma, kerana selama ini Tuhan yang maha Rahim menciptakan pepohon tersebut juga secara percuma.

Sedar tidak sedar beberapa jenis tumbuhan herba dan sayuran yang berkhasiat juga tumbuh di halaman rumah, antaranya lada susu, kunyit kuning, kunyit putih, kintan, cangkuk, pokok kari, pandan pewangi halaman rumah, cangkuk dan beberapa jenis ulam malahan sejenis pokok herba yang berduri lembut  yang  berkhasiat sebagai penyembuh kanser juga tumbuh subur  di sebalik pepohon pisang. Ulam penggaga juga tumbuh melata di luar kawasan halaman yang entah dari mana datangnya. Baru-baru ini tumbuh pula beberapa pohon kepayas yang semamangnya dicambah oleh burung yang menjadi penghuni setia di halaman rumah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under fotorafi, Pilihan

Taman Rekreasi Herba, Kg. Putat

Kampong Putat, kampung yang aman dan tenteram, jauh daripada kesibukan hiruk-pikuk pembangunan dan pencemaran alam. Jalan penghubung ke kampung tersebut agak baik kerana sudah dibubuh tar. Di hujung kampung bersempadan dengan Limbang, malahan pusat pemereksaan imigeresen terletak di hujung kampung. Kawasan taman Herba hanya beberapa meter sebelum sampai ke kawasan sungai. Suasana sekitar kampung yang menghijau dengan tumbuhan asli sangat sesuai untuk beriadah. Di negara ini, Taman Rekreasi Herba adalah salah satu tempat riadah yang paling menarik untuk dikunjungi. Beraneka jenis pokok herba tumbuh menghijau di taman tersebut. Pondok-pondok, denai bersemen,  bangku serta kemudahan yang lain sudah disediakan untuk para pengunjung.

Waktu senja, ketika aku di sana, hujan yang sudah menyirami bumi sejak tengah hari belum reda. Kesejukan hawa yang dirembuni pepohon menghijau beserta deretan pokok-pokok herba menghiasi alam menambahkan lagi kesegaran pada waktu itu. Air hujan penyubur tanah dan menggilap dedaun herba semakin segar.Oleh kerana hujan turun tanpa henti aku tidak berpeluang untuk meneroka keseluruhan kawasan. Aku berazam untuk ke sana lagi untuk menikmati keindahan alam serta meneroka taman rekreasi herba yang dapat memberi ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis pokok herba yang selama ini tidak kuketahui.

Leave a comment

Filed under fotorafi, Rencana, Renungan