Mengimbau kenangan penuh dengan nostalgia, pada suatu ketika dahulu dalam tahun 90-an aku pernah terjun dan aktif di alam persilatan malahan pernah menjawat sebagai setiausaha PERSIB bagi daerah Tutong. Pada asasnya ketika di bangku sekolah menengah aku mempelajari seni bela diri, Tae Kwan Do kemudian beralih ke seni mempartahankan diri Karate malahan ada waktunya aku mempelajari seni beladiri dari seorang Cina yang berkerakyatan Canada, oleh kerana beliau pulang ke Canada aku, abang, adikku dan rakan sepeguruan hanya sempat mempelajari asas ninjatsu.
Aku juga sempat belajar asas silat cakak asli dan kuntau daripada nenda Hj. Pakar dan juga daripada Allahyarham Liau Rajab untuk persilatan Harimau Campa. Pada tahun 90-an aku aktif bersama pertubuhan persilatan; Badan Seni Silat Kebudayaan Melayu (BASSIKAM) sehinggalah aku menyisihkan daripada alam persilatan setalah bertugas di Singapura. Namun begitu, sebagai anak Kedayan seni silat dan ilmu mistik sudah pasti menjalar di urat sarafku.