Ahad lalu, terletak di dewan Muhibbah Parit, Kg. Pengkalan Batu berlangsungnya Pesta Makanan Tradisi. Berbagai juadah tradisi, minyak wangi daripada geharu serta hasil daripada kelapa muda hijau. Apa yang menarik pada hari tersebut dilancarkan juga majelis pengawar-waran tentang kelupis bersaiz besar yang pernah dicipta. Beras yang didadih seberat 100 kg yang mana proses pembikinan daripada mendadih, dibungkus dengan pucuk nipah yang dianyam dan dikukus memakan masa 16 jam. Oleh kerana saiz kelupis yang begitu besar, tempat pengukusan terpaksa ditempah khas yang berharga ribuan ringgit. Majelis dan pembuatan kelupis terbesar ini dikendalikan oleh Ayu Atiqah Event Management.