Bukit Keramat yang berada di kawasan Pekan Sepitang mempunyai Lagendanya sendiri. Orang kampung sering melihat ayam hitam di kawasan bukit tersebut. Cerita asalnya kawasan bukit tersebut digunakan oleh orang keramat berzikir dan bertafakur. Setelah masa berlalu kawasan tersebut disalah gunakan oleh orang tertentu untuk memuja nombor ekor, sisa-sisa pasu tempat meletak kemenyan masih ada di sana. Alhamdullih pihak JAIS sering menyerbu kawasan tersebut sekiranya ada kelakuan pemujaan, apatah lagi kawasan tersebut berseberangan dengan masjid Jamie Sepitang.
Sepohon pokok kayu yang tumbuh di kawasan bukit tersebut sentiasa rembun sebegitu sejak sekian lama tidak lagi membesar. Apa yang kami rasakan memang kawasan tersebut dihuni oleh makhluk ghaib.