Daily Archives: March 24, 2011

Bukit Keramat, Sepitang

Bukit Keramat yang berada di kawasan Pekan Sepitang mempunyai Lagendanya sendiri. Orang kampung sering melihat  ayam hitam di kawasan bukit tersebut. Cerita asalnya kawasan bukit tersebut digunakan oleh orang keramat berzikir dan bertafakur. Setelah masa berlalu kawasan tersebut disalah gunakan oleh orang tertentu untuk memuja nombor ekor, sisa-sisa pasu tempat meletak kemenyan masih ada di sana. Alhamdullih pihak JAIS  sering menyerbu kawasan tersebut sekiranya ada kelakuan pemujaan, apatah lagi kawasan tersebut berseberangan dengan masjid Jamie Sepitang.

Sepohon pokok kayu yang tumbuh di kawasan bukit tersebut sentiasa rembun sebegitu sejak sekian lama tidak lagi membesar. Apa yang kami rasakan memang kawasan tersebut dihuni oleh makhluk ghaib.

Leave a comment

Filed under Sejarah

Ulu-Ulu Temburong

Cuti Sekolah, pertama kali aku menjajaki ulu Temburong, menaiki dan bertiti di Canopy sungguh menyeronokkan. Memang terasa letih ketika mendaki bukit menuju ke Canopy apatah lagi dalam keadaan tanah licin pada musim hujan. Selain itu, makan di kawasan sungai sungguh menyelerakan setelah puas bermandi-manda di wasai dan di sungai.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kampong Meraba, Sabah

Pada hari Isnin lepas, aku berserta abang-abangku sempat menziarahi sanak saudara di Kampong Meraba, Sabah. Kami singgah di gerai tempat menjual hasil ladang bagi penduduk Meraba. Kebetulan anak Tangah Nasir berniaga di sana. Memang abang saya sudah berpesan kepada Tangah Nasir kalau ada daging payau / rusa  hasil buruan kami akan membeli. Alhamdulillah, rezeki kami sangat baik, kerana sehari sebelum kami sampai orang kampung belorah/berhasil menembak beberapa ekor payau, apa yang pasti Tangah Nasir sudah menyediakan untuk kami beberapa kilo daging payau.

Pada hari tersebut kami sempat melawat ke wasai air terjun Kg. Meraba yang berdekatan dengan kawasan rumah orang-orang kampung. Setelah singgah di rumah tangah nasir yang mana pada petang hari anak beliau memberikan kami sebahagian tanduk rusa mati buragan. Kami juga berpeluang mempelajari cara-cara membuat jagol (perangkap monyet) dan cara membuat jerat payau yang tidak menggunakan jahuran daripada Beliau Ayub bin Kassim.

Sadikir, Tangah Nasir, Dahalan dan Osman

Kawasan rumah kampung, budak-budak berasama labi-labi.

Jalan menuju ke rumah tangah Nasir.

Jagol

Beliau Akub mengajar cara-cara membuat jerat payau.

Leave a comment

Filed under Kenangan