Berfoto dengan penyanyi lagenda, Alleycats suatau kenangan yang perlu diabadikan. Tangah Ghani ketika di airport tidak melepaskan peluang untuk berfoto bersama teman-teman yang lain. Kata tangah antara fotonya ialah; di Singapura (mungkin saja di kawasan Marina Bay yang sekarang sudah hanya tinggal sejarah) dan di Bandung ketika sedang asyik menonton dangdut…
Daily Archives: March 6, 2011
Koleksi II
Foto kenangan yang kuimbas /scan dari album Tangah Ghani ini ketika aku masih lagi menuntut dalam form 3 semasa kami berkhelah di pantai Binturan. Manakala foto semasa di teratak aku tidak ingat di mana, kemungkinan besar di Pulau Nunuk. Melihat kepada style ketika itu aku masih belajar di form 5.
Filed under Uncategorized
Adam’s Peak
Kami bertolak dari Colombo City seawal jam 4 pagi bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kota Colombo. Kami bersembahyang Subuh di sebuah masjid dalam kawasan madrasah yang melimpasi sempadan pekan Colombo. Kami minum pagi di rumah salah seorang tenaga pengajar madrasah tersebut. Roti yang masih panas beserta kopi o menembahkan tenaga sebelum meneresukan perjalanan ke kawasan pergunungan yang mana dikatakan Nabi Adam a.s turun di sana setelah keluar dari Syorga. Perjalanan mengambil masa yang panjang, kawasan berbukit-bukau , bergunung-ganang serta jalan sempit yang berbengkang-bengkok.
Sepanjang perjalanan banyak yang kupelajari, aku dapat menyaksikan tembok-tembok gunung ganang seperti berbentuk singa, di kawasan sanalah rombongan Jemaah Haji Indonesia terhempas mensyahidkan keseluruh penumpang pada tahun 80-an. Selain itu, kebanyakan orang Sri Lanka berhati lembut, mereka sedia mendengar dan memberi respon sekiranya ditanya atau dibawa berbual. Cuaca yang dingin serta pemandangan yang menawan membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata sepanjang perjalanan sehingga pulang semula ke Colombo city, ini bukan hanya didorong oleh keindahan alam semula jadi ciptaan Illahi tetapi juga rasa gementer melihat gaung di sepanjang perjalanan. Sebelum sampai ke kawasan pergunungan ‘Adam’s Peak’ (untuk lebih faham bolehlah melayari dan menggoogle Adam’s Peak) kami singgah di beberapa tempat; minum di warong kawasan kebun teh, singgah di madrasah Maulana Abdullah, kami dijamu oleh budak-budak hafiz Melayu P.Pinang dan Kedah yang menuntut di sana, kemudian singgah di Masjid untuk berjumpa Maulana Abdullah yang kebetulan beriktikab di masjid tersebut (aku lupa nama masjid, kawasan masjid agak jauh terpencil di kawasan pergunungan), melawat lagi sebuah madrasah tidak jauh dari masjid tersebut.
Kami singgah solat Zohor di masjid perkampungan kawasan gunung, selepas itu makan di restoran (orang Sri Lanka biasa menyebut restoran sebagai hotel). Restoran ini menyediakan makanan halal kerana pemiliknya orang Islam, namun begitu kalau orang luar sudah pasti tidak menyangka yang dikatakan restoran itu sebenarnya hanyalah rumah biasa, tanpa label Restoran. Untuk kami 12 orang bayarannya hanya lebih kurang BND 36 sedangkan kami memesan beraneka jenis masakan daging, ayam dan gulai. Hanya masakan di restoran tersebut agak pedas. Tidak heran kalau orang di sana sering menyebut makanan mereka sebagai masakan ‘Cili Lanka’ . Dua perkara identiti masakan Sri Lanka pertama masakan pedas kedua minuman yang sangat manis. Di kejauhan aras belakang restoran tersegam gunung Adam’s Peak. Untuk sampai ke sana memakan masa lebih kurang dua jam. Kami sampai di kaki gunung atau kawasan penghujung jalan sebelum berjalan kaki untuk mendaki ke bukit tersebut lebih kurang pada pukul 4 petang. Kami tidak bercadang untuk mendaki gunung tersebut. Aku begitu bersyukur telah sampai ke kawasan tersebut paling tidak aku masih dapat melihat gunung tempat bapa sekalian manusia pernah menjejakkan kakinya di sana.
- Kawasan sungai di kaki gunung Adams Peak

Filed under Rencana
Pantai Negombo
Waktu Duha… Aku sempat menikmati keindahan pantai Negombo, Sri Lanka. Udara pantai begitu menyegarkan. Berjalan menyusur pantai tanpa alas kaki membuatkan aku berhati-hati melangkah takut-takut ada serpihan kaca. Burung gagak berterbangan mencari rezeki. Keindahan pantai tercemar akibat sikap pengguna yang tidak pandai menjaga kebersihan pantai. Sampah sarap dibuang merata tempat oleh para pengunjung yang berkelah di sana. Mujur ada traktor pembersih yang tekun bekerja, maklumlah untuk masuk ke kawasan pantai tersebut kenderaan dikenakan bayaran beberapa rupe. Kawasan pantai agak bersih di kawasan hotel dan kawasan persendirian.
Filed under Kenangan