Daily Archives: August 14, 2010

Ramadhan:Curhat

Merenung foto almarhum mengimbau kenangan lalu, semasa aku di bangku persekolahan lebih-lebih lagi semasa malam Pengistiharan Kemerdekaan. Pada waktu itu tanggal 31 Disember petang (bertepetan tarikh  hari jadiku) aku bersembahyang maghrib berjemaah di surau kg. Bukit Panggal sebelum naik pickup ABDB ke Taman SOAS di Bandar Seri Begawan. Itu jugalah kali terakhir aku melihat almahrum ketika almahrum bercemar duli serta melaungkan takbir di majlis tersebut. Kata orang tua-tua beribadat pada zaman almarhum sungguh aman dan menyenangkan sekalipun pada ketika itu surau-surau dan masjid-masjid belum ada pendingin hawa. Ketika itu negara itu belum dikenali sebagai ‘Negara Zikir’, namun ketenangan dapat dirasakan tiada banyak keranah, tiada banyak kekeliruan… sekarang menentukan awal bulan Ramadhan menjadi perbualan rakyat jelata, amalan qunut sepanjang tahun menjadi sindiran apakah negara ini akan menjadi ‘Negara Qunut’.

Leave a comment

Filed under Pilihan

Pekan Tutong: Bunga api.

Persembahan bunga api di kawasan Pentas Diraja Tutong pada 31 Julai yang lalu sebagai penutup tirai perayaan Hari Keputeraan bagi daerah Tutong.

Leave a comment

Filed under Lensa