Daily Archives: July 12, 2010

Mukat Bantang

Kelmarin, kami tiga beradik mukat ikan air tawar sambil beriadah di kawasan perkarangan Antudau. Memukat di sana  menjanjikan hasil tangkapan yang banyak.  Aku tidak tahu nama-nama ikan yang kami perolehi. Ikan yang aku tahu hanya ikan baung dan ikan bantang selebihnya aku kurang pasti. Kami hanya  memukat  untuk keperluan sahaja  selebihnya kami gunakan untuk beriadah.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Jantung Pisang

Pertama kali melihat jantung pisang berwarna kuning amat mengujakan. Pada hakikatnya bagi mereka yang selalu pergi ke hutan rimba sudah biasa melihat pisang yang bertungkulkan warna kuning. Selain itu terdapat juga jantung pisang yang mendongak ke atas, pisang ini dikenali sebagai pisang tanjak.

5 Comments

Filed under Lensa

BBQ di Halaman Rumah

Bersempena cuti Isra dan Meraj, Sanak saudara keluargaku  berkumpul bbq di kawasan halaman rumah, sudah sekian lama kami tidak berkumpul sebegini. Sambil  berbarbiku  sempat juga kami berbual dan berborak tentang ‘word Cup 2010’.  Para penyolong kumpulan yang terkeluar lebih awal hanya menebalkan muka sebagai penyokong  yang kental dan setia.

Cuaca di halaman rumah agak panas, walaupun pada hari-hari sebelumnya hujan sentiasa mencurah pada sebelah petang. Seronok juga sekali sekala berborak-borang dan berbual-bual, ditambah sekali sekala dengan loyar buruk dan soalan menguji minda yang begitu subjektif untuk dijawab. Antara soalan menguji minda: Soalan 1) Kenapa siput babi berjalan perlahan? Jawapan yang diberikan, kerana siput babi keliru  siapakah dirinya  yang sebanarnya adakah dia  siput atau babi?  malahan ada orang yang menyebutnya ‘tekuyung jipun’ tambahlah lagi dia konfius.  Soalan 2) Bagi ayam; mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, paruh untuk mematuk, soalan, apakah pula gunanya ekor ayam? payah juga untuk menjawab, kalau di jawab untuk mengurik telinga  jawapan salah… untuk  menutup tungking salah jua… at last surrender… bah tia?  Jawapan yang diberikan;  ekor ayam hanyalah untuk menghitung ayam.  contohnya seekor ayam, dua ekor ayam, tiga ekor ayam dan seterusnya…

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kursus: InDesign

Minggu lepas, aku berada di Infomas menghadiri kursus  kendalian IPA berkaitan dengan  Adobe InDesign. Adobe bukanlah asing bagiku khusunya Photoshop, hanya untuk kursus InDesign inilah kali pertama aku menghadirinya. Aku bukan seorang designer, namun kursus begini amat berguna bagiku.

Mereka yang hadir berkursus terdiri daripada designer dari jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Percetakan, DBP, UBD. MTSSR dan jabatan-jabatan yang lain. Para peserta mengenaliku sebagai jurufoto.. ops! Aku tidak mengenalkan pekerjaanku kepada mereka  aku hanya menyebut nama jabatan tampatku bertugas. Namun caraku mengendali komputer kekawan sekursus mengetahui bahawa aku mahir menggunakan komputer, oleh sebab itu dalam hal kerja berkumpulan (Kumpulan 2)  aku akan menjadi orang penting mengendalikan komputer, kekawan  hanya memberi idea dan pandangan.

Ada beberapa projek telah diberikan antaranya membuat: Business card, CV, poster, jemutan kahwin dan yang lainnya. Daripada segi idea, ideaku agak out of box, kerana aku  tidak ingin meniru gaya design tradisi yang  begitu hampir sama sejak berabad-abad lamanya.  Dalam bab design, kita perlu mendesign bukan meniru stail orang lain. Majlis penyampain sijil dilangsungkan pada akhir sisi kurus, hari Khamis petang.

Leave a comment

Filed under Aku