Telaga Mandian Tujuh Puteri

Berdekatan jalan raya Pasir Putih Tutong terdapat tujuh buah perigi atau telaga. Mengikut metos, telaga tersebut  digunakan tempat mandi bagi tujuh puteri kayangan. Berbagai versi cerita yang kudengar mengenai telaga tersebut, ada cerita yang hampir sama dengan lagenda perigi Tujuh Mandian Puteri di Langkawi. Di Langkawi dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi tersebut. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Namun Telaga mandian Tujuh Puteri di Tanjung Maya bukan diintai oleh putera raja tetapi sebaliknya diintai oleh orang tempatan, Awang Rejab. Sehingga kini kawasan tersebut dijaga oleh perwaris  keturunan beliau yang tinggal di Tanjong Maya. Pada asalnya  telaga tersebut  agak kecil tidaklah sebesar sekarang. Telaga itu dibersihkan,  diperluas dan diperdalam bagi kemudahan orang awam mengunjunginya.

Kawasan Telaga Mandian Tujuh Puteri ini  agak bersih kerana  tong-tong sampah  disediakan bagi kegunaan pengunjung yang beriadah di sana disamping pondok serta titian menuju ke setiap telaga. Dikatakan babi tidak berani masuk ke kawasan tersebut sekalipun bekas tapak binatang tersebut berjuritan di kawasan yang tidak jauh dari tempat telaga tersebut. Aku sempat mandi di ketujuh-tujuh perigi tersebut. Mandi ala kadar. Airnya berwarna coklet, sejuk . Pada mulanya aku menyangka airnya ‘bahal’ atau rasa kelat paling tidak masin kalau diminum.  Kenyataannya tidak, air telaga begitu nyaman, segar dan tidak seperti yang ku sangkakan sebelumnya. Ada juga orang percaya, air telaga begitu mujarab boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Telaga Mandian Tujuh Puteri mempunyai keistemewaan khusus kepada mereka yang meminati alam mistik.  Ramai juga orang yang datang ke telaga ini ketika malam bulan mengembang khusunya pada bulan Rejab, Ramadhan, bulan kelahiran Nabi  dan waktu-waktu tertentu. Aku kesal melihat kawasan tersebut dicemari oleh segelintir  pengamal mistik menggunakan telaga tersebut sebagai tempat pemujaan. Semasa aku di sana aku menyaksikan masih ada sisa-sisa makanan sembahan berupa telur dan tapai. Semoga kita terlindung daripada perbuatan syirik. Sesungguhnya perbuatan syirik ini dosa besar yang boleh membawa kepada kekufuran.

10 Comments

Filed under Sejarah

10 responses to “Telaga Mandian Tujuh Puteri

  1. shuntoro

    lokasi na daerah mana..diperjelas..

  2. klu bleh sy nk tau asl puteri 7 ini…
    memang keinginan sy nk tau kisah nya…
    memang sy nk tau kisah puteri 7 dan lirik asal lagu ulik mayang yg asli sebelum di perbaharui…mohon pertolongan

  3. AZH

    Masih boleh dikesan lagi keturunan Awg Rejab sekarang dan siapa kh orang yang boleh sy buat temubual berkaitan dengan telaga tujuh puteri ini?

    • fotorafi

      Berbagai versi cerita yang saya dengar dari kekawan. Namun begitu saudara boleh berjumpa ketua Kampong Tanjung Maya untuk lebih lanjut atau juga orang-orang tua di kampong Lubuk Pulau malahan Kg. Bukit Udal juga mengaku yang Telaga Tujuh juga termasuk dalam sempadan kampung mereka.

  4. Anonymous

    Daerah Tuntong ni terletak di negeri mana?

  5. Anonymous

    Di brunei ler

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s