Daily Archives: March 15, 2010

Buah Bonglai

Buah bonglai bukanlah spesis buah yang bolah dimakan. Bonglai biasanya tumbuh di kawasan paya. Rasanya kelat, aku tidak tahu apakah kegunaanya selain daripada digunakan sebagai peluru senapang buluh (alat permainan kanak-kanak zaman dahulu). Senapang buluh bukanlah seperti membuat meriam buluh yang selalu dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri, senapang ini mirip dengan senapang pam air buluh, hanya saiznya agak kecil sesuai dengan saiz buah bonglai.

Buah yang berwarna ungu aku kurang jelas namanya, adakah ia buah ubah atau bukan. Buah-buahan ini kufoto di kawasan ladang kelapa komersial, kampung Junjongan.

Leave a comment

Filed under Lensa