Monthly Archives: February 2010

Bendera Berkibar

Pada waktu petang Ahad, 7 Februari 2010selepas  bendera Kebangsaan dinaikkan, sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei yang ke 25 tahun  aku sempat menghabiskan masa menunggu Azan magrib di kawasan Taman SOAS, BSB.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Kenangan

Malam Akustik

Semalam, empat buah band tempatan mengadakan persembahan akustik di restoran Chill, kawasan luar The Mall Gadong. Aku di sana semata-mata untuk melihat persembahan band 5:10am, penyanyinya Alwie,  artis yang serba boleh. Dia penyanyi dan juga pelukis. Santai juga mendngar lagu akustik yang didendangkan. Aku pulang jam 10:00pm aku hanya sempat menyaksikan dan memfoto  tiga kumpulan band.

Leave a comment

Filed under Juara

Kepayas, Padi

Waktu senja sebelum azan berkumandang. Padi Laila sudah mula menguning. Mentari di ufuk barat sudah mula terbenam.

Leave a comment

Filed under Pilihan

CR2 atau RAW

Penggunaan imej ;format RAW ketika memfoto amat baik dan memang amat sesuai sekiranya mahukan gambar yang berkualiti. Namun begitu imej CR2 atau RAW tidak semudah kalau dibuka jika menggunakan Adobe Photoshop CS3. Kalau menghadapi perkara tersebut ikut saja petua berikut:

First, you must download Adobe Camera Raw Plug-In 4.1.1 here :
http://www.adobe.com/support/downloads/detail.jsp?ftpID=3647

Here are the directions to install Adobe Camera Raw Plug-In 4.1.1:

To install with Adobe Creative Suite 3 or Photoshop CS3:
– Exit Photoshop CS3.
– Open My Computer.
– Double-click Local Disk (C:).
– Navigate to: c:\Program Files\Common Files\Adobe\Plug-Ins\CS3\File Formats
– Move the existing Camera Raw.8bi plug-in to another directory. Make you keep this file in case you need to rollback.
– Copy the Camera Raw plug-in, Camera Raw.8bi, from the download into the same folder as in step 4.

Launch Photoshop CS3 or Adobe Bridge
If generic camera thumbnails appear in Adobe Bridge, follow these steps:
– Check to make sure the plug-in was installed in the correct directory in step 4 above.
Start Bridge.
– Choose Tools > Cache > Purge Central Cache.
– You can now open the .CR2 Raw files in Adobe Photoshop CS3.

Leave a comment

Filed under my

Consumer Fair

Hari terakhir Consumer Fair ke 5 dan Carnival RTB, aku berada di sana seawal jam 8:30 am. Aku minum tea O, di Food Stall, ICC. Aku berada di kawasan pameran jam 9:00am. Aku dan beberapa orang pemilik primis jualan sahaja berada di dewan ICC. Orang ramai tidak dibenarkan masuk sebelum jam 10:00am . Di muka pintu 2 orang sekuriti sentiasa berjaga-jaga menghalang orang ramai dari memasuki dewan pameran. Ketika pekerja mengemas barang-barang jualan aku sudah membeli 2 naskah buku,  tentang ‘Terapi  sembahyang Tahajud’ dan ‘Pelatihan sembahyang Tahajud’ hasilan Dr. Moh. Soleh. Memang hanya aku seorang sahaja consumer yang berada di dalam dewan sebelum orang ramai berpusu-pusu menyerbu dewan tersebut tepat pada jam 10 pagi. Pada pukul 10:15 aku sudah beredar meninggalkan ICC. Sebelum pulang aku sempat menyaksikan pemilihan DJ Junior.

Leave a comment

Filed under my

Kg. Bukit

Kampong Bukit  agak jauh dari pekan Tutong, kampung pedalaman, namun jalan kecil sudah dibubuh tar. Jalan yang dilalui agak sepi kerana jarang sekali aku melihat kereta melintas ketika melalui sepanjang jalan Pak Bidang, Ukong.  Rumah di kiri kanan  juga berjauhan antara satu dengan yang lain.  Penduduk kampung terdiri daripada puak Dusun, ramai juga yang sudah memeluk agama Islam.

Petang hari Jumaat, aku senghaja menunggu waktu maghrib di sana kerana aku kepingin untuk berjemaah di masjid tersebut. Sebelum azan berkumandang aku sempat memfoto kerbau yang masih ditambat di kawasan paya berdekatan dengan masjid.  Tidak ramai jemaah yang datang bersembahyang Maghrib, hanya imam dan makmum yang terdiri daripada sebuah keluarga – 5 orang (suami isteri dan  3 orang anak lelaki).

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kg. Rambai

Kampong Rambai dikenali sebagai tempat penanaman padi paya. Kampung ini selalu mengalami banjir disebabkan kawasan rendah serta berdekatan sungai. Ada dua kemungkinan kenapa kampung ini selalu dilanda banjir. Pertama kerana hujan yang turun begitu lebat hingga memenuhi kawasan paya dan sungai manakala kedua pula kerana air dari Empangan Benutan diblow sehingga paras air sungai melimpah yang boleh menyebabkan banjir kilat.

Kampung ini dihuni oleh Puak Dusun, sudah ramai penduduk kampung yang memeluk agama Islam. Pada suatu ketika dahulu, kalau hendak ke pedalaman melalui sungai kampung inilah tempat persinggahan atau pengkalan untuk ke Benutan, Mapol, Supun mahupun ke Belabau. Ketika aku bertugas di Benutan, rumah Ah Bau – berbangsa Cina tempat persinggahan kami malahan rumah inilah yang menjadi wakil pos ofis bagi kampung-kampung pedalaman.

Ketika ini, rumah Ah Bau sudah usang tidak  digunakan sebagai pengkalan untuk pendaratan perahu.

Rumah Ah Bau di Kampong Rambai yang ditinggalkan usang.

Suatu masa dahulu Sungai Rambai  inilah tempat penurunan perahu jika hendak pulang ke kampung-kampung pedalaman.

Leave a comment

Filed under Kenangan