Daily Archives: February 26, 2010

Halaman

Semenjak dua menjak ini aku jarang pulang ke kampung. Kalau pulangpun hanya sekejap. Kalau ada keluarga lepak di halaman rumah lamalah aku bersembang kalau tidak aku hanya sekadar mundar mandir dalam rumah kerana tiada orang untuk teman bercerita. Kebetulan beberapa hari yang lalu aku sempat memfoto  di belakang rumah. Masih ada beberapa ekor pelanduk dan beraneka jenis burung di dalam sangkar. Imanai, si budak kecil berserta anak kucing  sentiasa menemaniku ke mana sahaja aku pergi ketika mengelilingi rumah.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Perhimpunan Hari Kebangsaan

Keluar rumah jam 6 pagi tidak menjanjikan untuk mendapat tempat letak kereta di kawasan Yaysan SHHB, sesampai di kawasan taman aku terpaksa berpatah balik kerana  jalan di kawasan tersebut telah ditutup, tiada ruang untuk meletak kereta di bahu jalan, semuanya telah diisi. Mahu tidak mahu aku meletakkan kereta di kawasan Sumbiling, berdekatan sebuah rumah kayu, aku bertuah kerana di sana ada kawasan lapang yang  ditumbuhi rumput tebal, sedikit semak ditumbuhi pokok ubi kayu liar. Berjalan kaki ke Taman SOAS mengambil masa 10 minit, hujan renyai-renyai ketika aku sampai dan memfoto pencaragam polis di kawasan bendera yang berdiri megah. Sementara menunggu ketibaan Kerabat Diraja aku hanya duduk di kawasan penonton di sebelah kanan sambil berteduh menantikan hujan reda. Sesampai KDYMM dan kerabat di kawasan taman  titisan hujan sudah tiada. Rami jurufoto di sekelilingku kerana menantikan KDYMM memeriksa barisan, memang spot tempatku berdiri betul-betul sebaris dengan tentera dan polis berdiri untuk baris penghormatan Diraja.

Semasa  para peserta berbaris masuk ke kawasan Pentas Diraja aku mengambil tempat di hujung pentas  kawasan para peserta keluar baris. Usai sahaja Para tetamu bersurai, aku tergesa-gesa pulang takut-takut kalau hujan turun kerana awan masih lagi berkepul-kepul hitam di angkasa. Kini sudah 26 tahun  negaraku Negara Brunei Darussalam menyambut hari Kemerdekaan.

Leave a comment

Filed under Sejarah