Daily Archives: February 1, 2010

Consumer Fair

Hari terakhir Consumer Fair ke 5 dan Carnival RTB, aku berada di sana seawal jam 8:30 am. Aku minum tea O, di Food Stall, ICC. Aku berada di kawasan pameran jam 9:00am. Aku dan beberapa orang pemilik primis jualan sahaja berada di dewan ICC. Orang ramai tidak dibenarkan masuk sebelum jam 10:00am . Di muka pintu 2 orang sekuriti sentiasa berjaga-jaga menghalang orang ramai dari memasuki dewan pameran. Ketika pekerja mengemas barang-barang jualan aku sudah membeli 2 naskah buku,  tentang ‘Terapi  sembahyang Tahajud’ dan ‘Pelatihan sembahyang Tahajud’ hasilan Dr. Moh. Soleh. Memang hanya aku seorang sahaja consumer yang berada di dalam dewan sebelum orang ramai berpusu-pusu menyerbu dewan tersebut tepat pada jam 10 pagi. Pada pukul 10:15 aku sudah beredar meninggalkan ICC. Sebelum pulang aku sempat menyaksikan pemilihan DJ Junior.

Leave a comment

Filed under my

Kg. Bukit

Kampong Bukit  agak jauh dari pekan Tutong, kampung pedalaman, namun jalan kecil sudah dibubuh tar. Jalan yang dilalui agak sepi kerana jarang sekali aku melihat kereta melintas ketika melalui sepanjang jalan Pak Bidang, Ukong.  Rumah di kiri kanan  juga berjauhan antara satu dengan yang lain.  Penduduk kampung terdiri daripada puak Dusun, ramai juga yang sudah memeluk agama Islam.

Petang hari Jumaat, aku senghaja menunggu waktu maghrib di sana kerana aku kepingin untuk berjemaah di masjid tersebut. Sebelum azan berkumandang aku sempat memfoto kerbau yang masih ditambat di kawasan paya berdekatan dengan masjid.  Tidak ramai jemaah yang datang bersembahyang Maghrib, hanya imam dan makmum yang terdiri daripada sebuah keluarga – 5 orang (suami isteri dan  3 orang anak lelaki).

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kg. Rambai

Kampong Rambai dikenali sebagai tempat penanaman padi paya. Kampung ini selalu mengalami banjir disebabkan kawasan rendah serta berdekatan sungai. Ada dua kemungkinan kenapa kampung ini selalu dilanda banjir. Pertama kerana hujan yang turun begitu lebat hingga memenuhi kawasan paya dan sungai manakala kedua pula kerana air dari Empangan Benutan diblow sehingga paras air sungai melimpah yang boleh menyebabkan banjir kilat.

Kampung ini dihuni oleh Puak Dusun, sudah ramai penduduk kampung yang memeluk agama Islam. Pada suatu ketika dahulu, kalau hendak ke pedalaman melalui sungai kampung inilah tempat persinggahan atau pengkalan untuk ke Benutan, Mapol, Supun mahupun ke Belabau. Ketika aku bertugas di Benutan, rumah Ah Bau – berbangsa Cina tempat persinggahan kami malahan rumah inilah yang menjadi wakil pos ofis bagi kampung-kampung pedalaman.

Ketika ini, rumah Ah Bau sudah usang tidak  digunakan sebagai pengkalan untuk pendaratan perahu.

Rumah Ah Bau di Kampong Rambai yang ditinggalkan usang.

Suatu masa dahulu Sungai Rambai  inilah tempat penurunan perahu jika hendak pulang ke kampung-kampung pedalaman.

Leave a comment

Filed under Kenangan