Malam Anugerah RTB 2009

Aku sampai di ICC agak lewat kerana singgah di Masjid Pulaie terlebih dahulu sebelum menyaksikan Anugerah RTB 2009. Orang ramai sudah berduyun-duyun memenuhi ruang di  ICC hatta di bilik untuk Anugerah yang agak luas juga dipenuhi oleh penonton-penonton. Tiada tempat untuk orang yang baru tiba sepertiku.  Aku mengambil tempat di bahagian belakang berdekatan dengan teknisen audio/video persembahan. Aku berdiri , memasang monopod, menyambung extender pada lens 400mmku  dalam masa yang begitu singkat kerana persembahan sudah bermula.Untuk menggunakan flash memang tidak berguna kerana posisiku yang agak jauh dari pentas, jadinya aku tidak menggunakan flash light setiap kali aku memfoto. Aku hanya mengharapkan bantuan cahaya yang  berwarna warni , aku mengeset kamera kepada M:  f9  , 1/15 saat  dan ISO 1000.

Aku di sana hanya untuk memfoto persembahan yang kukira amat baik untuk dijadikan kenangan. Lebih-lebih lagi aku ingin memfoto penyampai berita: Qistina. Sudah lama aku tidak bersua dengan Qistina, orangnya mudah senyum, dia punya kecantikan tersendiri. Namun dia tidak terpilih sebagai juara penyampai berita popular dan aku tidak berpeluang mempotretnya. Syabas kuucapkan kepadanya kerana dia antara penyampai yang masih baru tetapi dia sudah dicalonkan juga sebagai penyampai popular.

2 Comments

Filed under Lensa

2 responses to “Malam Anugerah RTB 2009

  1. Lalalo

    Anugerah RTB tahun ani boring compared ngan yang taun lapas and Anugerah Pelangi. Macam kan semua lagu2 yang dipersembahkan malam atu bukan lagu kitani. Ada blog2 yang kubaca mengatakan yang seolah-olah macam ‘sentuhan’ kebruneian atu ilang.
    Maksudku di sini, buleh kalau ‘sentuhan luar’ di terapkan, tapi jangan sampai melebihi yang tuan punya rumah. Adoiii~ haha Anugerah Pelangi ujung taun ari atu lagi siuk.
    Tapi, the stage (ARTB) taun ani.. *Thumbsup* 0_=

  2. fotorafi

    Setuju dengan komen Lalao…. kalau boleh malam tu selitkan juga nyanyan… Affendi Agus ke… Rosiah A.Hamid ke… The Sky Blue ke? (Ada ke ni hehehehe)

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s