Daily Archives: January 31, 2010

Malam Anugerah RTB 2009

Aku sampai di ICC agak lewat kerana singgah di Masjid Pulaie terlebih dahulu sebelum menyaksikan Anugerah RTB 2009. Orang ramai sudah berduyun-duyun memenuhi ruang di  ICC hatta di bilik untuk Anugerah yang agak luas juga dipenuhi oleh penonton-penonton. Tiada tempat untuk orang yang baru tiba sepertiku.  Aku mengambil tempat di bahagian belakang berdekatan dengan teknisen audio/video persembahan. Aku berdiri , memasang monopod, menyambung extender pada lens 400mmku  dalam masa yang begitu singkat kerana persembahan sudah bermula.Untuk menggunakan flash memang tidak berguna kerana posisiku yang agak jauh dari pentas, jadinya aku tidak menggunakan flash light setiap kali aku memfoto. Aku hanya mengharapkan bantuan cahaya yang  berwarna warni , aku mengeset kamera kepada M:  f9  , 1/15 saat  dan ISO 1000.

Aku di sana hanya untuk memfoto persembahan yang kukira amat baik untuk dijadikan kenangan. Lebih-lebih lagi aku ingin memfoto penyampai berita: Qistina. Sudah lama aku tidak bersua dengan Qistina, orangnya mudah senyum, dia punya kecantikan tersendiri. Namun dia tidak terpilih sebagai juara penyampai berita popular dan aku tidak berpeluang mempotretnya. Syabas kuucapkan kepadanya kerana dia antara penyampai yang masih baru tetapi dia sudah dicalonkan juga sebagai penyampai popular.

2 Comments

Filed under Lensa