Kg. Lugu

Kawasan lapang projek perpindahan yang terbengkalai di Kg. Lugu sunyi sepi. Cuaca sejuk disebabkan musim tengkujuh, hujan yang sekali sekala renyai-renyai menambahkan lagi suasana petang semakin hening. Terdapat beberapa buah kereta terpaksa menggunakan jalan kecil berbatu kelikir sebagai jalan alternatif jalan pintas ke high way kerana sungai Damuan yang merentasi Kg. Kupang dilanda banjir.Semasa melintasi  Kg. Lugu kita dapat melihat rumah-rumah kampung  tradisi, namun begitu terdapat banyak juga rumah batu dibangunkan. Penduduk kampung asal terdiri daripada puak Kedayan yang arif tentang kebudayaan puak Kedayan, seperti membuat gaman serta pertukangan tangan tradisi Kedayan yang lain.

Semasa aku di alam remaja, setiap kali menjelang hari raya aku akan menziarahi saudara mara yang menatap di kampung Lugu. Selain itu, aku juga pernah mempelajari seni mempertahankan diri di kampung tersebut walau bagaimanapun aku tidak sempat menamatkan perguruan tersebut, aku hanya sempat memecahkan buah kelapa sebagai peningkatan persilatan. Oleh sebab tiada kenderaan untuk menghantar-mengambil untuk berlatih, ditambah ketika itu aku di alam persekolahan, belum punya kereta sendiri aku terpaksa menamatkan begitu saja tanpa khatam sepenuhnya.

Leave a comment

Filed under my

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s