Daily Archives: January 16, 2010

Buku Pedoman

Hasil tulisan Supriadi Jaddari tentang Perjalanan Hakiki Setiap Insan  memang menjadi koleksiku. Harganya agak berpatutan kalau membeli di Mubarak Bookstore jika dibandingkan di toko-toko buku yang lain. Di Mubarak Bookstore harga  discount BND3.70 manakala di toko-toko buku yang lain sehingga mencecah BND 8.00. Penjelasan dalam buku beliau begitu ilmiah dan mudah difahami, pandangan daripada berbagai pihak tentang mauduk yang dibincangkan dihuraikan, malahan diselitkan perbandingan kepercayaan  orang Melayu dan juga pandangan mereka yang tidak percaya tentang wujudnya Tuhan. Bagi mereka yang menuntut Ilmu Akhirat orang-orang Tua Melayu pasti akan dapat membezakan apa yang dipelajari dengan hasil tulisan Supriadi.

Leave a comment

Filed under Renungan