Daily Archives: January 5, 2010

Forex

Berniaga Forex bukanlah semudah bermain ketika Demo Trading. Emosi adalah musuh utama ketika berniaga-jual beli forex.  Ilmu, kesabaran, analisa serta pengamatan indikator adalah amat mustahak, kalau tidak forex tidak ubah seperti perjudian.

Demo Forex-  aku boleh mendapat keuntungan yang lumayan dalam sekelip mata, namun dalam real forex aku masih pada peringkat asas. Tidak mustahil aku akan menguasinya dalam masa setahun yang akan datang.

Leave a comment

Filed under Renungan

31 Disember 09

Tanggal 31 Disember merupakan hari kelahiranku. Seperti biasa setiap tarikh tersebut aku sembahyang sunat syukur kerana Allah swt memberiku kenikmatan kehidupan. Semasa magrib aku melapangkan masa di masjid Sengkurong, i’tikaf. Aku tidak terlibat menyambut awal tahun 2010 kerana aku sudah menyambut awal muharam 1431, berpuasa sunat. Aku bersyukur kepada Allah swt kerana tidak melibatkan diriku dengan sambutan  tahun 2010 yang tidak membawa berkat sebaliknya boleh membawa kepada kelalaian. Ternyata, ketika  sembahyang Subuh tidak ramai jemaah yang datang ke masjid, orang ramai telah terleka dikeranakan sambutan tahun 2010 sehingga ke larut pagi.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Kental

Dunia ini memerlukan manusia yang bersemangat kental, teguh, kuat dan ikhlas serta istiqamah dalam perjuangan. Begitu juga halnya dalam berpakaian, kita perlu yakin pakaian yang menutup aurat akan diberkati dan sepanjang kita memakainya kita mendapat pahala begitu juga sebaliknya jika kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat selama itulah juga kita mendapat akaun dosa. Bagai orang lelaki, aurat yang perlu dijaga (menutup antara  atas pusat hingga ke bawah lutut) tidaklah sesusah  para wanita, yang perlu menutup seluruh anggota kecuali muka dan bahagian kawasan di bawah pergelangan tangan. Dalam hal  berpakaian, aku suka memakai jenis pakaian yang rugged, kental dan tahan lasak, (selagi pakaian menutup aurat)  untuk itu aku memilih jenama  Camel Creative sebagai pakaian basahanku setiap hari. Aku amat selesa memakainya. Selain itu jenama adidas untuk kasut dan baju-T menjadi pilihanku.

Leave a comment

Filed under Aku