Monthly Archives: December 2009

Patchi dan Gadis

Patchi manis, gadis yang bergambar juga manis… Sesungguhnya kemanisan Patchi dapat dirasa namun kemanisan seseorang gadis bukan hanya terletak luaran sahaja, malahan ia perlu  menyeluruh. Baik akhlak  serta tingkah laku membuatkan gadis bertambah manis. Gadis yang berjaya ialah gadis yang  taat kepada suruhan Tuhan serta Rasulnya.

Leave a comment

Filed under Pilihan

Kenangan di Singapura

Ketika sibuk menyiapkan sofware yang kubuat bagi kegunaan tahun hadapan, aku  sempat menyelak beberapa album foto lama yang tersusun rapi di almari, kalau-kalau ada gambar yang dapat kuselitkan pada software yang sedang kubuat. Aku menghela nafas panjang sambil melihat gambar-gambar,  fikiranku mengimbau kenangan setiap gambar yang kutatap. Pada awal tahun 2000, aku bertugas di Singapura selama tiga tahun. Tahun pertama aku bertugas di Monk’s Hill Secondary School. Sekolah ini berdekatan dengan Circus food stall, Newton. Kalau pulang dari bertugas aku kerap kali singgah di gerai makan milik mamak muslim, paling tidak aku singgah di gerai  Melayu, makan nasi padang. (Pada tahun  2006, Monk’s Hill secondary School telah bergabung dengan Balestier Hill Secondary School.)

Pada tahun berikutnya aku memohon pindah ke tempat yang lebih dekat dari Singapore Polytechnic Appartment, Celementi tempat aku tinggal. Hanya  melintasi 3 buah stesen bas aku sudah sampai ke tempat kerja baruku, Ghim Moh Secondary School. Kawasan sekolah ini bukanlah kawasan sesak, hanya kawasan estet perumahan, namun begitu semua kemudahan terdapat di sana malahan di luar kawasan sekolah ada food stall untuk makan minum. Kalau tidak makan di gerai aku menapau makanan segera KFC untuk dibawa pulang.

Oleh kerana, di Singapura pada hari Jumaat hari bekerja, orang Islam dibenarkan balik lebih awal untuk menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Aku berjalan kaki, merentasi Estet Ghim Moh, menyeberang jejatas, melintasi kawasan kolam renang  tidak jauh dari situ tersegam sebuah masjid yang agak usang, masjid Holland village. Di sanalah aku selalu menunaikan sembahyang Jumaat kalau tidak di Masjid Darussalam, Clementi. Ketika bertugas di Monk’s Hill Secondary School sekolah telah menyediakan bas bagi menghantar penuntut lelaki beragama Islam bersembahyang Jumaat di Masjid Ba’ Alwie. Aku amat suka kawasan di Holland Village, suasananya damai, aku boleh lepak di Mc Donald atau di Cafe A & W malahan aku sering juga lepak makan rojak Singapura di kedai mamak berseberangan masjid Holland Village.  Sudah hampir 10 tahun aku tidak  berdudun ke Singapura, kalau ada rezeki dan kelapangan aku ingin ke sana menjejaki tempat-tempat yang pernah kulalaui, hidup di rantau orang selama tiga tahun (1999-2001).

Aku berdiri di depan kedai runcit ala-ala tahun 60-an di Pulau Ubin. Kedai ini terletak berdekatan tempat ketibaan di pulau Ubin. Aku ke sana untuk mengelakkan daripada keriuhan bandar, kawasannya masih banyak tumbuhan hijau dan asli jika dibandingkan daripada kawasan lain di Singapura yang ditumbuhi dengan tumbuhan batu mencakar langit.

Aku berdiri di depan MRT Woodland menghadap ke estet perumahan, di bahagian belakangku terdapat gedung perniagaan yang agak luas di Woodland. Woodland ialah kawasan  sempadan dengan Johor, Malaysia. Kalau aku ingin membeli belah atau makan masakan Melayu Johor, aku sering berjalan kaki melalui tambak Johor sekiranya mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas, kerana menyeberangi jembatan tambak Johor tidak begitu jauh hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Senja di Pantai Serasa

Berdiri di persisiran pantai sambil merenung ke arah kapal-kapal berlabuh antara Pulau Muara Besar dapat mendamaikan perasan. Hati akan tenang kalau kita mengingat kebesaran Tuhan sambil menunggu azan maghrib berkumandang. Dalam Al-Quran ada kisah yang berkaitan dengan laut, tentang khazanah di dasar laut, tentang kenderaan di lautan, tentang Nabi  Musa a.s. membelah laut dengan mukzijat baginda, malahan kisah tentang tenggelamnya Firaun laknatullah di laut juga diceritakan dalam kitab suci tersebut. Pada zaman Nabi Nuh a.s. air banjir yang melanda kaum Nabi Nuh a.s yang enggan tumpang di bahtera nabi Nuh a.s. semuanya musnah ditenggelami air.

Ketika azan maghrib berkumandang, masih ramai juga orang yang tidak menghiraukan seruan Illahi. Semoga kita semua tidak mengabaikan perintah Tuhan kerana kemusnahan kaum-kaum serta umut terdahulu disebabkan oleh hati mereka terpaut kepada dunia tanpa menghiraukan seruan Ilahi.

Leave a comment

Filed under Lensa

Pekan Seria

Hujan baharu saja reda, suasana agak lengang ketika aku sampai di Pekan Seria. Aku singgah di restoran CAM, satu-satunya restoran tempatku makan kalau bedudun di Seria.  Beberapa buah bangunan  sedang dalam pembinaan serta renovasi. Pekan Seria agak bersih walaupun terdapat kedai yang agak usang, sudah agak lama aku tidak ke Seria, aku baru  sedar yang pekan ini sudah ada gerai makan yang agak selesa untuk dikunjungi malahan hotel juga tersegam di pekan ini. Orang di pekan ini agak perihatin, mereka  sering bertegur sapa. Mereka tidak lokek senyuman setiap kali bersua mungkin mereka tahu aku bukan penghuni asli pekan ini.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Pagi Hari di Sawah Padi, Wasan

Sawah padi seluas mata memandang. Berbagai aktiviti yang dapat dilihat pada waktu pagi.  Pondok-pondok beraneka bentuk serta saiz dapat dilihat. Burung bangau, keruak, pipit, merbuk, lelayang, ampak-ampak dan beberapa jenis burung yang lain dapat dilihat berlegar-legar di kawasan sawah. Orang yang terlibat mengusahakan sawah  sedang dalam proses menanam padi. Ada yang baru  menebas, membajak, menanam, merumput, membersih dan meracun. Oleh kerana kawasan sawah agak luas aku hanya meronda-ronda di kawasan berdekatan jalan raya kerana selepas meronda-ronda aku  berhasrat untuk membeli beras tempatan di Jabatan Pertanian Wasan yang  berdekatan dengan kawasan sawah padi.  Harga 10 kg. beras tempatan ialah B$12.00. Untuk membeli beras seseorang itu perlu mengisi borang pembelian kerana beras yang dijual juga terhad. Sejak mengamalkan makan nasi beras tempatan, aku sudah jarang membeli beras wangi. 🙂

Leave a comment

Filed under Kenangan

Tamu Tutong

Kanibal Usahawan di daerah Tutong memeriahkan cuti persekolahan akhir tahun. Pesta jualan serta beraneka produk dipamerkan di kawasan tamu Serimbangun.  Aku sempat meninjau di kawasan tamu tersebut. Untuk melegakan tekak aku singgah di gerai no.6. Gerai ini memang popular dengan kuih malayanya. Oleh kerana hari masih awal pagi aku hanya memesan mi goreng di gerai no 6,  selain tujuanku juga untuk membeli kuih malaya. Namun yang menarik perhatian orang ramai singgah di gerai ini ialah untuk makan dan menghirup soto, Soto Hj. Tuah. Aku sudah biasa dengan soto Hj. Tuah seingatku masih dibangku sekolah lagi, ketika belajar di SBES aku sudah merasa soto beliau. Usai sarapan pagi aku singgah membeli kulat dedap serta timun masam tua untuk  juadah tengah hari bersama keluarga.

Leave a comment

Filed under Kenangan

4×4, Tutong

Menggunakan lensa zoom (L) 400mm berserta extender 2x  (800mm) sangat sesuai untuk mengambil foto perlumbaan 4X4 yang diadakan di Bukit Bendera, Tutong. Aku hanya mengambil posisi  berdiri di bawah sepohon pokok jati bertemankan kamera bertonggakkan single-pod. Agak jauh juga dari gelanggang perlumbaan. Cuaca agak panas. Peminat perlumbaan 4×4 tidak berganjak daripada duduk mereka sekalipun panas membahang menyelubungi  suasana, mereka setia duduk di bawah pepohon pokok mahupun berdeduh di kaki payung. Aku meninggalkan gelanggang perlumbaan 10 minit sebelum azan zohor untuk berjemaah fardu di Masjid Kg. Sengkarai, Tutong.

Leave a comment

Filed under Lensa

Silat Gerak 41

Persembahan daripada Perguruan Silat Gerak 41 semasa Sukan Borneo ke- III.

Leave a comment

Filed under Juara

Kukang

Tu Tu ialah  nama seekor Kukang.  Tu Tu begitu suka dibelai dan bermanja. Tu Tu tidak memilih sesiapa. Matanya bulat, bulunya amat cantik sekalipun agak kasar jika dibandingkan dengan bulu kucing. Tu Tu sudah dipelihara sejak ia masih kecil lagi ketika ia ditinggalkan ibunya.  Kukang sejenis binatang yang hanya makan buah-buahan begitu juga dengan Tu Tu, ia hanya makan buah-buahan yang mengandungi air. Tidak kisah apa jua buah masam atau manis semuanya boleh dimakan oleh kukang. Namun begitu Tu Tu tidak suka makan durian, ini mungkin buah durian tidak mengandungi air.

Kukang sejenis binatang yang luar biasa, secara fizikal badannya begitu kecil. Sebagai binatang mereka perlu senjata untuk melindungi diri, malangnya kukang tiada tanduk, tiada taring, bergerak perlahan tiada senjata istemewa untuk mempertahankan diri. Kukang biasanya tinggal di pokok-pokok jelayan. Mengikut metos, kukang binatang disayangi oleh binatang yang lain. Ular tidak menggangu kukang begitu juga binatang buas yang lain, bahkan mereka bukan mencederakan kukang tetapi sebaliknya kalau binatang lain tahu ada kukang di pepohon pokok binatang yang melihat kukang akan mencarikan buah-buahan dan memberikannya kepada kukang. Ajaib…

Leave a comment

Filed under Pilihan