Kenangan di Singapura

Ketika sibuk menyiapkan sofware yang kubuat bagi kegunaan tahun hadapan, aku  sempat menyelak beberapa album foto lama yang tersusun rapi di almari, kalau-kalau ada gambar yang dapat kuselitkan pada software yang sedang kubuat. Aku menghela nafas panjang sambil melihat gambar-gambar,  fikiranku mengimbau kenangan setiap gambar yang kutatap. Pada awal tahun 2000, aku bertugas di Singapura selama tiga tahun. Tahun pertama aku bertugas di Monk’s Hill Secondary School. Sekolah ini berdekatan dengan Circus food stall, Newton. Kalau pulang dari bertugas aku kerap kali singgah di gerai makan milik mamak muslim, paling tidak aku singgah di gerai  Melayu, makan nasi padang. (Pada tahun  2006, Monk’s Hill secondary School telah bergabung dengan Balestier Hill Secondary School.)

Pada tahun berikutnya aku memohon pindah ke tempat yang lebih dekat dari Singapore Polytechnic Appartment, Celementi tempat aku tinggal. Hanya  melintasi 3 buah stesen bas aku sudah sampai ke tempat kerja baruku, Ghim Moh Secondary School. Kawasan sekolah ini bukanlah kawasan sesak, hanya kawasan estet perumahan, namun begitu semua kemudahan terdapat di sana malahan di luar kawasan sekolah ada food stall untuk makan minum. Kalau tidak makan di gerai aku menapau makanan segera KFC untuk dibawa pulang.

Oleh kerana, di Singapura pada hari Jumaat hari bekerja, orang Islam dibenarkan balik lebih awal untuk menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Aku berjalan kaki, merentasi Estet Ghim Moh, menyeberang jejatas, melintasi kawasan kolam renang  tidak jauh dari situ tersegam sebuah masjid yang agak usang, masjid Holland village. Di sanalah aku selalu menunaikan sembahyang Jumaat kalau tidak di Masjid Darussalam, Clementi. Ketika bertugas di Monk’s Hill Secondary School sekolah telah menyediakan bas bagi menghantar penuntut lelaki beragama Islam bersembahyang Jumaat di Masjid Ba’ Alwie. Aku amat suka kawasan di Holland Village, suasananya damai, aku boleh lepak di Mc Donald atau di Cafe A & W malahan aku sering juga lepak makan rojak Singapura di kedai mamak berseberangan masjid Holland Village.  Sudah hampir 10 tahun aku tidak  berdudun ke Singapura, kalau ada rezeki dan kelapangan aku ingin ke sana menjejaki tempat-tempat yang pernah kulalaui, hidup di rantau orang selama tiga tahun (1999-2001).

Aku berdiri di depan kedai runcit ala-ala tahun 60-an di Pulau Ubin. Kedai ini terletak berdekatan tempat ketibaan di pulau Ubin. Aku ke sana untuk mengelakkan daripada keriuhan bandar, kawasannya masih banyak tumbuhan hijau dan asli jika dibandingkan daripada kawasan lain di Singapura yang ditumbuhi dengan tumbuhan batu mencakar langit.

Aku berdiri di depan MRT Woodland menghadap ke estet perumahan, di bahagian belakangku terdapat gedung perniagaan yang agak luas di Woodland. Woodland ialah kawasan  sempadan dengan Johor, Malaysia. Kalau aku ingin membeli belah atau makan masakan Melayu Johor, aku sering berjalan kaki melalui tambak Johor sekiranya mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas, kerana menyeberangi jembatan tambak Johor tidak begitu jauh hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s