Pagi Hari di Sawah Padi, Wasan

Sawah padi seluas mata memandang. Berbagai aktiviti yang dapat dilihat pada waktu pagi.  Pondok-pondok beraneka bentuk serta saiz dapat dilihat. Burung bangau, keruak, pipit, merbuk, lelayang, ampak-ampak dan beberapa jenis burung yang lain dapat dilihat berlegar-legar di kawasan sawah. Orang yang terlibat mengusahakan sawah  sedang dalam proses menanam padi. Ada yang baru  menebas, membajak, menanam, merumput, membersih dan meracun. Oleh kerana kawasan sawah agak luas aku hanya meronda-ronda di kawasan berdekatan jalan raya kerana selepas meronda-ronda aku  berhasrat untuk membeli beras tempatan di Jabatan Pertanian Wasan yang  berdekatan dengan kawasan sawah padi.  Harga 10 kg. beras tempatan ialah B$12.00. Untuk membeli beras seseorang itu perlu mengisi borang pembelian kerana beras yang dijual juga terhad. Sejak mengamalkan makan nasi beras tempatan, aku sudah jarang membeli beras wangi.🙂

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s