Daily Archives: August 23, 2009

Gerai Ramadhan- Tutong

Hari ini, hari kedua umat Islam di negara ini berpuasa pada bulan Ramadhan. Selapas sembahyang zohor aku meluangkan masa melihat juadah yang dijual di gerai Ramadhan, Pekan Tutong. Aku ke sana bukan untuk membeli kuih-muih kerana masa untuk berbuka masih jauh lagi. Aku hanya meronda-ronda sambil kamera berada di tanganku. Ada juga pekerja di gerai yang menyedari akan kehadiranku hanya sekadar untuk memfoto bukan untuk membeli. Salah seorang penjaja menyarankan agar aku datang agak lewat sedikit kerana orang ramai akan berduyun-duyun datang pada sebelah petang. Setelah sampai di hujung gerai, akhirnya aku membeli ayam salai untuk dibawa pulang.

gr1

gr2

Leave a comment

Filed under Lensa

Poster – Dyia

Semasa aku melihat-lihat juadah di gerai Ramadhan Pekan Tutong, aku terpandang poster di sebuah kedai photo berseberangan khemah gerai Ramadhan. Gambar yang dipamerkan begitu menarik, berbagai gaya dan pose boleh disaksikan. Apa yang menarik perhatianku ialah gambarĀ  Dyia. Dyia bergaya dengan baju gaun biru sambil melirik ke sebelah kanan, mungkin Dyia malu melihatĀ  juruphoto, hasilnya Dyia nampak menawan.

sp1

sp2

Comments Off on Poster – Dyia

Filed under Lensa

Mata dan Lensa

Di sebalik lensa ada mata yang berlensa.

mta

Leave a comment

Filed under Lensa