Pulau Bejudi

Pulau Bejudi, nama yang aneh, kerana tempat tersebut bukanlah kawasan orang berjudi. Pulau Bejudi hanyalah kawasan hutan belukar yang sudah lama tidak dihuni manusia. ‘Pulau’ bagi orang kedayan membawa maksud kawasan  pokok  tanaman atau dalam istilah bahasa Melayu  ‘dusun buah-buahan’.  Mungkin saja kawasan itu pada zaman dahulu digunakan sebagai tempat berjudi, aku tidak tahu. Yang pastinya istilah ‘bejudi’ itu diambil daripada kata dasar ‘ judi’.

Perjalanan  untuk sampai ke Pulau Bejudi melalui denai hutan belukar mengambil masa 45 minit. Kami menyusuri denai , seingatku semenjak aku kecil  denai itu juga yang digunakan. Kami tidak berani untuk merantis jalan baru, takut-rakut tersesat, hutan  masih tebal. Pokok durian terpacak di sana mungkin sudah menjangkau ratusan tahun memandangkan pohonnya menjulang ke awan. Isi buah durian kuning Pulau Bejudi berkualiti, lunak dan sedap. Tujuan kami ke sana adalah untuk membersihkan kawasan pohon durian agar buah durian tidak diganggu-guggat oleh monyet. Pokok renek di sekeliling perlu di tebas manakala pokok yang lebih tinggi perlu ditebang. Suasana dan udara di Pulau Bejudi amat tenang dan nyaman apatah lagi kawasan pokok durian berada di kawasan tanah tinggi. Insya Allah bulan pada akhir bulan Ramadhan atau syahwal buah durian tersebut akan dapat dinikmati.

pb1

pb3

pb2

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s