Belangkas

Belangkas antara  spesis binatang yang tertua di dunia. Belangkas merupakan hidupan laut yang dikatakan sudah ada sejak  zaman dinasaur lagi. Di negara ini, tempat yang sesuai melihat belangkas ialah di pertemuan kuala sungai dengan  laut antaranya di Kuala Tutong. Aku pernah melihat belangkas jantan berdekap di atas belakang belangkas betina di Kuala Tutong. Tidak hairan kalau peribahasa mengambil istilah ” sepasang kekasih yang sentiasa berdua-duaan walau ke mana mereka pergi dikata  pasangan seperti belangkas”.

Ada juga orang yang mengambil belangkas untuk dijadikan sumber makanan, terutamanya belangkas yang mempunyai telur. Namun, apa yang kulihat di pantai Serasa, seekor belangkas tersadai di pantai. Kenapakan perkara ini terjadi? Sepatutnya belangkas itu hidup aman di kuala sungai. Semoga pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab tidak akan memusnahkan kehidupan mereka. Janganlah mengotorkan keindahan alam, elakkan daripada membuang sisa-sisa plastik ke sungai atau ke laut. Belangkas, penyu dan kehidupan laut yang lain amat tidak betah dengan plastik. Apabila termakan plastik yang disangka sumber makanan, bermakna  binatang tersebut akan  mati kerana sistem penghadaman perut mereka tidak dapat menerimanya, plastik adalah racun, pembunuh hidupan sungai dan laut.

bk1

bk2

bk3

Leave a comment

Filed under Renungan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s