Syarif Alwi (Raja Junjungan)

Hari Keputeraan KDYMM yang ke 63, (15 Julai), merupakan cuti kelepasan Awam, oleh kerana majlis Perhimpunan di Taman SOAS ditangguhkan aku berpeluang ke Kampong Junjungan untuk mencari makam Syarif Alwi. Mencari tempat permakaman  Syarif Alwi memaksaku  berulang alik mengelilingi kampung tersebut. Aku terkial-kial mencari tempat tersebut namun aku tidak mengalah sekalipun tidak tahu di manakah lokasi yang sebenarnya, akhirnya sampai juga di tempat tersebut setelah bertanya kepada orang kampung. Ternyata orang yang terakhir tempat aku bertanya mengajakku ke bahagian belakang rumah beliau, kerana makam tersebut betul-betul di bahagian belakang rumah tersebut.

Setelah membari salam kepada ahli makam tersebut, aku bertafakur di permakaman Syarif Alwi. Cuaca pagi beransur cerah beserta udara segar bertiup dari arah sungai. Semerbak keharuman wangi menusuk saraf hiduku ketika aku asyik bertafakur, konsentrasiku hilang apabila aku menoleh ke kanan ke bahagian halaman belakang rumah kerana aku menyangka  bau yang semerbak wangi datangnya daripada asap longgokan daun-daun kering yang dibakar oleh tuan rumah. Sungguh, bau wangi tersebut bukan berpunca dari asap longgokan daun yang dibakar.  Setelah menoleh semula ke bahagian nisan, bau semerbak sudah lenyap begitu saja.

Setelah puas  bertafakur, berdoa dan membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran aku bergerak ke beberapa  buah batu nisan yang lain.  Salah seorang keluarga  pemilik rumah di kawasan tersebut memberitahuku bahawa nisan-nisan yang lain adalah makam adik beradik / keluarga Syarif Alwi. Aku belum mengetahui sejarah sebenar tentang Syarif Alwi. Yang pasti,  Sharif Alwi bukanlah calang-calang orang kerana beliau dikenali juga sebagai Raja Junjungan.

Aku berasa puas dapat menziarahi makam Syarif Alwi.  Kalau ada kesempatan aku ingin ziarah makam tersebut lagi. Insya Allah.

sa2

SA1

2 Comments

Filed under Renungan

2 responses to “Syarif Alwi (Raja Junjungan)

  1. Hatta

    Ku terlihat di dokumentari tv hari atu pasal sejarah kampung masin (nama asalnya kampung lumbi masin), ada kaitannya dengan Sharif Alwi. Kisahnya pasal peperangan diantara raja lumbi masin dengan Sharif Alwi, iaitu raja junjungan. Raja lumbi masin ani orang kafir dan menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Sharif Alwi, terjadilah peperangan. Dalam peperangan atu, kedua-dua raja ani terkorban, tidak diketahui pihak mana yang menang dalam peperangan ani.

  2. fotorafi

    oh…. baru tahku tau jua tu.

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s