Sungai Kedayan

Pagi Jumaat,  sebelum pukul 7:00 pagi, aku sudah sampai di kawasan belakang Mahkamah Besar, BSB. Tujuan asalku hanyalah untuk berjalan-jalan di sekitar Kg. Ujung Bukit. Aku menyusuri titian kayu menuju ke jejeair (seiras dengan  jejatas)  yang tersegam merentasi Sungai Brunei. Aku menghela nafas panjang menikmati  udara segar di Sungai Brunei. Mentari pagi bersinar cerah menambahkan lagi serinya kampung Air.  Dari atas jejeair ini aku dapat melihat Bandar Seri Begawan,  dapat melihat motor-motor sangkut berulang alik  menyusur sungai Brunei, para penumpang ada juga yang sempat mendongak ke jejeair melihatku memfokus moto sangkut yang mereka tumpangi. Aku dapat mendengar dan melihat capukan air melanda tiang-tiang rumah, aku dapat melihat tikas-tikas air di tiang-tiang rumah beserta kuriping laut dan  kerang-kerang melekat di tiang-tiang simen rumah.

Seingatku inilah kali kedua aku menyeberang menggunakan jejeair tersebut. Kali pertama semasa menyambut hari Permasyuran Hari Kemerdekaan, pada tahun 1984.  Pada tanggal 31 Disember 1984, sore waktu magrib rombongan kampung kami sudah sampai di sana bagi merayakan hari yang bersejarah kerana pada tengah malam pukul 12:oo malam pengistiharan Kemerdekaan serta laungan “Allahu Akbar” bergema di padang Taman Sultan Omar Ali Saifuddien. Aku hanya ikut ke mana jalan yang di bawa oleh orang kampung dan rombongan. Aku masih ingat kami ke sana diangkut oleh lori tentera yang meletakkan lori di kawasan aku meletakkan kereta pagi tadi. Apa yang menarik tanggal 31 Disember adalah hari kelahiranku, mudah untuk ku mengingati peristiwa tersebut kerana selain meraikan Pengistiharan Hari Kemerdekaan orang ramai juga menyambut hari lahirku…🙂

Hembusan angin pagi Jumaat menambahkan semangatku untuk terus berjalan merentasi jejeair. Aku tertarik untuk memfoto Masjid Omar Ali Saifuddien  dengan lebih dekat. Di kawasan darat terpacak tanda Kg Sungai Kedayan A. Kini baru aku tahu yang Kg. Sungai Kedayan terletak di belakang Masjid SOAS. Apa yang menjadi persoalan di benak fikiranku, apakah kaitan nama kampung dengan orang Kedayan, sedangkan penghuni kampung tersebut bukan terdiri daripada orang Kedayan. Bagaimana  sejarah susur jalur sehingga wujudnya nama kampung tersebut. Semoga ada orang yang arif dapat menceritakan sejarah kampung tersebut sebagai bahan pengetahuan peninggalan zaman.

Setelah puas berlegar-legar di kawasan kampung Sungai Kedayan, Aku berpatah balik menuju ke kampung Ujung Bukit. Di kiri kanan kampung tersebut terdapat  tanah Perkuburan orang Islam. Kampung sebeginilah kampung terakhir yang akan kita semua kunjungi. Semoga Tuhan mengampuni dan redha kepada kita semua sebelum memasuki alam di sana.

sk1

sk2

sk3

Leave a comment

Filed under Kenangan, Renungan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s