Gaman

Pada masa dahulu, orang kedayan biasanya menangkap ikan di laut tuhur menggunakan gaman. Aku juga pernah bergaman. Berkayuh menggunakan gaman di pantai Bintawan (Binturan) sungguh menyeronokkan namun amat sukar dikendalikan terutama mula  melungsur ke laut kalau ombak bergelora. Gaman kepunyaan nenek yang kupakai acap kali terbalik. Aku memerlukan dua orang untuk menguasai sebuah gaman. Semasa aku mula menjangkau usia  ke alam remaja pantai Binturan memang selalu kukunjungi bersama kekawan begitu juga orang-orang kampung mengunjunginya untuk menangkap ikan. Biasanya kami bermalam di pantai setiap kali ke Binturan untuk menangkap ikan, terutama ketika  musim cuti sekolah kalau tidakpun nenek akan membawa kami bermalam pada hujung minggu. sekiranya bukan musim tengkujuh. Setiap kali nenek laki pergi ke Binturan kami anak cucunya akan ikut serta. Kami akan bersama-sama mengikis ikan, mandi manda malahan bersama-sama makan ikan bakar / salai.

Makan berramai-ramai ketika di pantai sungguh sedap lagi menyelerakan walaupun hanya nasi, garam, ikan bakar bercacah limau kasturi beserta umbut nibung  masak air. Udang bakar adalah makanan yang sangat istimewa. Nenek laki biasanya akan mendapat ikan yang beraneka jenis; ada rumahan, utik, jarang gigi, pila-pila, yu, sapie, minyak-minyak, bilis, pusu, dan berbagai jenis ikan yang akupun tidak tahu namannya. Pada masa dahulu belum ada batu batan penghalang hakisan, jadinya kami hanya menghulur gaman terus ke laut. Pada waktu malam kami bermalam di ‘Hotel Kaliponia” pondok yang sudah dibuat berketurunan sejak dahulu lagi. Kalau tidakpun, kami biasanya hanya membuat juli daripada guni, sebagai katil untuk tidur. Di sana, kami tidak dibenarkan bercakap cabul apa lagi menegur perkara-perkara yang ganjil. Namun nenek laki sudah biasa dengan keadaan di sana, beliau dapat menenangkan keadaan sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku, mungkin penghuni hutan dan pantai Binturan sudah mengenali nenek laki. Bercerita pasal hantu, Hantu Dini  sejenis hantu yang berligar di kawasan Sungai Basar, Pantai Binturan. Hantu ini  serupa dengan hantu Pontianak, dia juga berasal daripada seorang perempuan yang mati beranak. Dia tidak pernah mengganggu kami, cuma kalau memukat hantu Dini akan makan mata ikan malahan ada kalanya asam jawa juga hilang. Tidak hairan kalau ikan hasil tangkapan ada yang tidak mempunyai mata atau asam jawa yang diletakkan dalam tekiding lesap begitu saja, oleh itu orang tua lebih suka membawa limau kesturi berbanding asam jawa.

Gaman biasanya dibuat daripada pokok sedaman, dampul dan beberapa jenis pokok yang ringan dan timbul. Sekarang gamban dibuat daripada PVC. Oleh kerana kawasan pantai Binturan sudah tidak dibenarkan bagi orang ramai masuk sesuka hati, kerana Binturan milik ABDB, kawasan padang Tembak ABDB. Tiada lagi gaman tersidai di sana.  Pondok-pondok di sana juga sudah roboh. Orang kampung tidak menangkap ikan  di kawasan pantai Binturan lagi.😦

Foto gaman di bawah kupetik ketika di pantai Penanjung. Sekarang bukan hanya orang Kedayan yang menggunakan gaman sebagai  kenderaan alternatif  menangkap ikan. Melihat gaman tersadai di pantai Penanjung amat menggembirakan hatiku kerana gaman masih dapat kulihat, kusentuh malahan dapat kufoto sebagai kenangan. Semoga  teknologi gaman ini akan dikekalkan dan diketahui oleh generasi akan datang.

gaman2

gaman1

Leave a comment

Filed under Kenangan

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s