Monthly Archives: June 2009

Pekan Belait

Pekan Belait, hujan begitu lebat membuatkan aku tidak singgah di kedai-kedai di sana. Pekan Belait nampak lengang ketika hujan. Pengunjung hanya duduk di kedai kopi, kalau pun tidak hanya berdiri di kaki lima. Cuaca begini memberi peluang untukku meletakkan kereta di tempat letak kereta tanpa tiket.  Beberapa inseden yang dapat ku lihat: Seorang tua dipapah oleh pekedai berbangsa India kerana tergelincir di kaki lima, semasa pulang 2 buah kereta mengalami kemalangan di kawasan Lumut, kejadian tersebut baru saja berlaku antara kereta kijang  terbalik di tengah-tengah jalan raya dan wagen merah tersasar di semak tidak jauh dari kereta kijang tersebut. Sebelum sampai aku telah diberi ‘high light’ oleh pemandu dari arah bertentangan untuk memberi isyarat ada sesuatu berlaku di depan. Aku hanya memerhatikan  tanpa memberhentikan keretaku, malahan belum ada sebuah keretapun yang berhenti, polis,bomba, ambulan belum sampai lagi. Tiada korban jiwa kulihat di bahu jalan, penumpang dan mereka yang terlibat berdiri di kawasan seberang jalan.

Apa yang menarik di Kuala Belait  sebelum pulang aku sempat makan di seberang  bangunan Wisma Yakin(?)  Aku memilih kedai makan berdekatan dengan body image(?). Aku makan ikan masak asam pedas, kari kambing dan sayur tumis sedap juga masakannya, bayarannya hanya BND4.00, murah, biasanya aku makan melebihi harga tersebut, Setelah membayar aku bertanya lagi kalau-kalau pelayan tersebut salah kira kerana aku menyangk harganya BND8.00.

Sebelum pulang aku tawaf di pekan Belait mencari kedai Soon Lee, esh! kali ini aku tidak berjumpa kedai tersebut… Aaaaahhhhh… tahun lepas aku pernah ke sana, sekarang aku tidak menemuinya, mungkin aku tersesat agaknya. Ini menununjukkan aku belum fasih lagi tentang jalan-jalan di Kuala Belait. Sepatutnya aku menggunakan talian hayat menggunakan telefon untuk mencari tempat tersebut, tapi sayang HP Samsungku  tinggal di rumah manakala HP o2  gelap saja, sejak 3 hari lepas tidak berecharged.

kb1

kb2

kb3

Advertisements

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Mukim Peramu & Mukim Burong Pingai

Ahad, pagi-pagi lagi aku keluar rumah  pergi ke Kampung Air, kali ini distinasiku menuju ke mukim Peramu dan mukim Burong Pingai, Air. Berjalan melalui titi sambil menikmati keindahan kampung Air mengambil masa 2 jam. Berjalan buat kali pertama di mukim-mukim tersebut menjadikan aku solah-olah melancong di negara asing. Memang penduduk tempatan menyangku aku pelancong asing, mereka belum pernah melihat aku di sana. Mereka  menegurku dengan “Hi!” bukan dengan salam. Aku hanya menjawab “Bah!” : ) . Aku berasa letih juga berjalan selama 2 jam,  pipiku semakin merah maklumlah kulitku tidak begitu biasa dengan cuaca panas berjam-jam lamanya  tambahan menjelang pukul 10 pagi mentari sudah semakin membahang.

mp1

mp2

mp3

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Pantai Muara

Sabtu lepas, selepas memereksa bilik ICT di tempat kerja, aku berpeluang jalan-jalan di Pantai Muara. Berjalan sambil membawa kemera membuat pengunjung pantai menoleh kepadaku setiap kali melintasi di kawasan mereka. Ramai juga  orang di sana. Mungkin mereka menghabiskan masa musim cuti penggal tambahan Kementerian Kesihatan tidak menggalakan orang ramai pergi melancong ke luar negara disebabkan penyakit H1N1. Aku hanya duduk di bangku memerhatikan orang yang melakukan aktiviti. Apa yang penting aku dapat menghidu udara segar. Kali ini lensaku lebih ku arah kepada aktiviti budak kecil…

pm1

pm3

pm4

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Bukit Bendera, Tutong

Usai sahaja servising kereta, aku pergi ke Bukit Bendera, Tutong. Singgah di kawasan Dewan Kenangan. Rehat seketika merenung keindahan kawasan tersebut. Di seberang jalan, sekolah Menengah Sufri Bolkiah masih megah berdiri- dulu aku pernah bersekolah di sana, satu-satunya sekolah yang membesarkan aku, sejak berusia 10 tahun hingga 17 tahun. Mungkin suatu masa nanti aku bertugas di sana…

Pekan tutung semakin cantik,  persediaan untuk menyambut Hari Keputeraan sudah ketara. Cuma rumput di kawasan Dewan Kenangan tumbuh meliar, mungkin sudah lebih 2 minggu tidak dipotong. Yang menyedikan aku beberapa contengan yang tidak bermaruah terdapat di tembok arca. Semua ini angkara mereka yang tidak  bermoral, tidak menyangi harta benda milik sendiri, ketahuilah pekan Tutong pekan kita… apa-apa jua harta benda kerajaan yang disediakan untuk orang ramai adalah milik kita, kita perlu menjaganya…

Apa yang menarik hari ini cahaya matahari dilingkari bulatan yang menarik… Suasan hari ini seakan dimeriahkan dengan lingkaran neon yang terang benderang.. semua ini nikmat Tuhan yang maha memberi nikmat.

pt1

pt2

pt4

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Ladang Padi Bekiau

Petang kemarin, sempat juga aku meluangkan masa  pergi ke ladang kawasan menanam padi Kg. Bakiau, Tutong. Kawasan ini bersempadan dengan Kg. Sentul – Kg. Birau. Suasana  petang yang hening menambahkan lagi keindahan alam. Para petani membersihkan tanah ladang, air sungai mengalir tenang, awan putih berlatarkan warna biru dan mentari sudah condong di ufuk Barat, menggetarkan hati ini: betapa maha kuasanya Tuhan, maha hebatnya Tuhan…

Bk1

bk4

bk2

Leave a comment

Filed under Kenangan

Belalang

Memfoto belalang di balik rumput bukan mudah. Aku terpaksa tunduk, bungkukkan badan, sakit belakang, kan duduk betinggung takut belalang terabang, kan duduk di rumput miang…

belalang

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Lemon Ais

Jam 10:00am aku singgah di sebuah kedai makan di Kg Lumapas. Semantara menunggu mi ayam selesai digoreng aku sempat memfoto lemon ais…

lemon

Leave a comment

Filed under Uncategorized