Permainan Gasing

Permainan gasing bukanlah asing bagiku. Semasa zaman kanak-kanak aku sudah didedahkan dengan permainan gasing malahan aku pernah membuat gasing, gasing manungan. Gasing manungan hanya untuk dimainkan di atas tanah, walaupun ligat tetapi tidak begitu lama  berpusing jika dibandingkan gasing yang mempunyai paksi paku dan kepala bersampak besi.  Bentuknya seperti gasing pangkah.

Di negara ini, permainan gasing dimonopoli oleh puak Kedayan. Sudah menjadi permainan tradisi bagi orang kedayan, gelanggang gasing hanya terdapat di kampung-kampung orang Kedayan. Dua gelanggang gasing yang digunakan untuk perlawanan senegara ialah gelanggang gasing Kg. Selayun, Sengkurong  dan Kg. Parit, Pengkalan Batu. Ketika aku melawat di Melaka permainan gasing pangkah digemari juga oleh bangsa lain, aku melihat bangsa Cina menguasai gelanggang walaupun mereka tidak sehebat bangsa Melayu Melaka.

Semenjak aku kecil sudah ada perlawanan gasing di kampungku, malahan lebih awal dari masa itu. Pada zaman dahulu permainan gasing ini ditambah dengan ilmu serta jampi serapah, gasing yang digunakan untuk berlawan sentiasa diasuh, dijaga dengan baik agar tidak mentalih. Gasing yang diasuh bertambah hebat kalau dipalu  gasing pemalu pula yang akan pecah, paling kumanpun gasing itu tidak kena ‘mis’ kalau dipalu, kalaupun kena dipalu gasing tersebut akan terus ligat berpusing manakala gasing pihak lawan akan berhenti atau tergolek ke sisi gelanggang.

Perlawanan gasing amat digemari oleh generasi tua. Setiap kali perlawanan gasing antara kampung diadakan   orang kampung akan berkumpul di gelanggang gasing tersebut. Di kampungku sekiranya ada perlawanan gasing, masyarakat akan berkumpul di kawasan Pulau Nunuk, kerana tempat itu sudah menjadi gelanggang gasing padahal kawasan tersebut bukanlah gelanggang gasing yang khusus, mungkin kawasan tersebut lebih sesuai kerana kawasannya yang lapang, luas, redup. Kawasan ini sering digunakan untuk makan tahun bagi penduduk Pulau Nunuk.  Permainan gasing  memakan masa yang lama, untuk bergurau ada gasing yang boleh berpusing sehingga 45 minit, biasanya perlawanan gasing berlangsung dari pagi mencecah ke waktu petang.

Permainan gasing tradisi antaranya: bergurau, memalu dan menahan. Gasing yang baik ialah gasing yang ligat , deras serta tenang. Semua ini hasil daripada tangan sipembuat gasing yang mahir. Gasing yang gimbal hanya akan menjadi makanan pihak lawan, lain halnya kalau permain tersebut pandai bermain liuk. Bermain gasing bukanlah semudah yang disangkakan. Secara jujur untuk bermain gasing bersiut aku tidak pandai, ini kerana standardku hanyalah bermain gasing manungan, setelah remaja sehingga sekarang aku tidak pernah menjangkau gasing apatah lagi untuk bermain.

Foto  di bawah kuambil ketika perlawanan gasing jemputan yang berlangsung di gelanggang gasing Kg. Selayun, Sengkurong. Ramai pemain gasing yang bermain ketika itu mewakili NBD ke sukan gasing sedunia. Peralatan yang  mereka gunakan semakin canggih, kalat tali bukan lagi dibuat daripada akar/ kulit kayu timbaran sebaliknya dibuat daripada nylon, malahan  peraturan permainan sudah mengikut piawaian dunia bukan semata-mata peraturan kampung. Ukuran serta berat gasing  diambil kira, sekiranya ada penipuan berlaku umpamanya gasing berisi timah, pemain tersebut dibatalkan. Sempena Perayaan Sambutan Hari Keputeraan ke 63 tahun ini, permainan gasing tradisi dan pangkah pasti akan diadakan. Semoga permainan ini dapat diteruskan oleh genarasi sekarang agar tidak pupus dimamah zaman .

g1

g3

g4

Leave a comment

Filed under Kenangan, Rencana

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s