Paya Basar

Pagi Jumaat selepas pulang dari Tamu Tutong aku singgah di Kampong Bukit Panggal.  Tujuanku untuk melihat keadaan kampung yang sekian lama kutinggalkan. Paya Basar, satu kawasan paya yang terbentang luas. Kawasan ini dulunya digunakan untuk bersawah padi.  Orang kampung berhuma dan berpadi di sana. Aku masih ingat  di sana terdapat sebatang sungai /parit, sungai Paya Basar, di sanalah kami bermandi manda terutama semasa banjir.   Airnya  sentiasa berwarna coklet, perlu juga berhati-hati kerana selain ikan karuk, dalak, keli, haruan, sepat dan yang lainnya sebagai  sumber rezeki, lintah juga bermaharajalela di sana. Setiap kali mandi ada saja lintah melekat di badan. semasa kecil aku tidak pernah takut apatah lagi geli kepada lintah, malahan lintah akan menjadi mangsa kalau berani melekat di kulitku.

Peristiwa yang tidak dapat kulupakan:  setiap kali melihat bekas luka di hidungku aku pasti teringat kawan rapatku yang melarangku bermain di sungai ketika air deras, oleh kerana aku berdegil bermain di sungai dia telah membaling  lampu suluh yang rosak ke arahku, aku tidak sempat menyelam untuk mengelak, lampu suluh tersebut sudah mengena bahagian atas batang hidung berdekatan mataku. Darah dari hidungku mengalir deras. Aku berlari mencari sesuatu untuk menghentikan darah yang terus mengalir, darah perlu dipantan. Cara memantan begitu mudah, ambil batang pucuk daun simpur muda, kunyah hingga lumat kemudian tampalkan pada luka tersebut, sembuh. Ajaib!

Seingatku, aku mula belajar dan pandai berenang di sungai Paya Basar selain di laut pantai Binturan. Kalau musim kemarau air sungai sangat cetek , untuk mandi kami terpaksa pergi ke perigi yang terdapat di kawasan tersebut. Sekarang sungai itu sudah tertimbus, yang tinggal hanyalah aliran air yang cetek. Tidak sesuai dikatakan sungai malahan bukan juga parit.

Di seberang paya terdapat perkuburan lama, Jahirat Basar. Ketika di kawasan tersebut telingaku begitu berdengung mendengar suara kuat yang entah dari mana datangnya, suara itu bukan mengena di gegendang teling, tetapi di bahagian dalam gegendang. Seolah-olah di dalam otak, nyaring dan menyakitkan, mungkin suara dari kubur. Aku tidak mahu memikirkannya takut-takut itu hanya khayalanku sahaja. Untuk menghilangkan suara tersebut aku masuk ke dalam kereta, bersalawat serta berdoa agar roh-roh penghuni makam di sana dirahmati Tuhan.

Aku ingin mencari buhat  untuk difoto (sejenis binatang berwarna hitam yang boleh terbang, suka mencari madu bunga  sumber makananya serta tinggal dalam lubang pokok yang reput), aku tiada terjumpa walau seekorpun padahal semasa ku masih budak-budak , buhat sering berterbangan di Paya Basar. Untuk tidak mengecewakan, aku melihat pokok-pokok  yang tumbuh segar di sana, pokok-pokok durian sudah mula berbunga begitu juga dengan pokok cempedak. Bulan September ada peluang untuk makan durian kuning agaknya, dapat sungkai puasa makan bubur durian.

Sebelum pulang aku melihat jalan kecil menuju ke  Kurita,  Kurita hanya kawasan kecil tidak jauh dari Paya Basar, di Kampung Bukit Panggal, ah! pada lain kesempatan, aku akan menyusuri tempat tersebut, tempat kelahiranku.

bp2

bp3

bp1

1 Comment

Filed under Uncategorized

One response to “Paya Basar

  1. Jerry8

    Di mana tuh?

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s