Kampung Air

Jam 6:50 pagi aku keluar rumah menuju Sungai Kebun. Memang pagi ini aku bercadang untuk mengambil gambar di kawasan kampung Air. Aku membawa  lensa tele 400mm, biasanya kalau berjalan-jalan aku membawa lensa 300mm, lebih ringan dan selesa.  Hatiku gembira melihat bebudak bermain lelayang di kawasan titi /pail. Perjalanan untuk sampai ke hujung kampung mengambil masa 45 minit. Kampung-kampung yang kulalui ialah Kg Sungai Kebun, Kg Sungai Siamas, Kg Setia A, Kg Tarap Bau dan Kg Setia B.

Usaha kerajaan untuk mengurangkan kekotoran sungai sudah ketara yang mana setiap rumah disediakan tong sampah, plastik hitam juga disediakan. Amat dikesalkan, masih ada juga orang kampung yang tidak hiraukan hasrat kerajaan, mereka membuang sampah ke air, mungkin sudah menjadi kebiasaan.

Udara segar pada waktu pagi, membuatku menyedut nafas panjang menghala ke arah hulu sungai yang terbentang luas. Aktiviti motor sangkut berligar-ligar mencari penumpang menarik minatku untuk memfokus lensa ke arah mereka. Dendangan irama dangdut kedengaran dari beberapa buah rumah yang berdekatan. Antara aktiviti-aktiviti orang kampung sepanjang perjalananku; suri rumah masih sibuk menjemur pakaian, menjemur ikan masin, menjemur nasi, menyiram bunga, membersihkan lantai. Para remaja tidak  kelihatan mungkin mereka menghabiskan masa di bilik, maklulah musim cuti persekolahan. Bebudak ada yang berpakaian sekolah, berpakaian cara melayu menuju lokasi tertentu, ada juga bebudak yang bermain lelayang, warga emas pula duduk di hadapan rumah merenung dan menikmati usia yang dilanjutkan.

Berjalan-jalan sepanjang titi  sungguh menyeronokkan… Lain kali aku akan ke sana untuk mengambil lebih banyak foto kenangan.

ka1

ka2

ka3

ka6

ka8

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s