Gua Niah

Kelmarin cuti penggal II sudah bermula,  pada waktu subuh selesai sahaja sembahyang Subuh di masjid, aku bergegas menyinggahi kawan untuk pergi bersama-sama ke Gua Niah, Miri -Sarawak. Kawan ni biasa saja kupanggil ‘bos’ . Bos sudah menungguku di muka pintu sambil menyedut sepontong rokok. Sementara bos mengemas barang keperluan, aku bermain ‘game’ menggunakan HP O2.  Suasana pagi sungguh sejuk, kami masing-masing memakai jaket, bos memberitahuku bajunya dibeli di Taiwan manakala aku membeli jeket adidas di kedai borong Sariken, Sarawak/Indonesia. Persinggahan pertama di Pekan Tutong, konon nak minum di restoran KK Koya, selajur menggeluarkan duit melalui ATM HSBC, namun kedua-duanya tidak kesampaian, kedai kopi belum buka manakala mesin ATM tidak berfungsi.

Persingahan seterusnya di Sungai Liang, Soon Lee SM kerana di sana ada mesin ATM , kami sempat menghirup teh tarik beserta kolo mi ayam. Kami menyambung perjalanan menuju ke Miri dengan hiburan borak-borak melucukan, serius, bergurau senda, bla bla bla… akhirnya sampai di jembatan Rasau, Kastam, Imigrasi dan seterusnya sempadan Miri. Tidak banyak kereta yang beratur di kawasan Brunei, bos mencadangkan mengambil lorang di belakang kereta Kijang, alamak! penumpang dalam kereta tersebut begitu ramai, kami terpaksa menunggu begitu lama sedangkan lorong di sebelah sudah lengang. Sabar saja!  Sesampai di kawasan Miri kami mengelak daripada mengambil lorang di  belakang kereta Kijang, ternyata ramalan kami meleset lagi… Pemilik kereta kijang melalui lorong sebelah kiri kami terus melintasi pondok tanpa mengecap pasport, mujur kereta di depan kami hanya 2 orang penumpang, kami menyangka kami akan cepat, namun semuanya meleset penumpang kereta kijang tadi membawa segenggam pasport lalu meletakkan di pondok bertepatan di lorong kami. Kami ketawa terbahak-bahak melihat selonggok pasport yang akan dicop sebelum giliran kami sampai ke pondok tersebut, apalah tuah kami pagi tersebut, kami hanya mampu bersabar.

Di persimpangan menuju ke Gua Niah terdapat gerai makan, kami berhenti seketika untuk menghilangkan lelah, Bos minum teh tarik manakala aku menempah jus buah salak. Kali pertama minum jus buah salak, sedap juga namun daripada sudut kesihatan tidak dapat dijamin kerana selepas minum jus tersebut perutku memulas, aku terus membeli buah limau madu yang dijual di ruang depan gerai tersebut, makan , terus makan beberapa biji buah limau sehingga rasa mual beransur hilang. Kata penjual limau madu tetapi rasanya semasam cuka.

Perjalanan kami sampai ke gua Niah pada jam 10.20 pagi. Beli tiket untuk  2 orang,  menyeberang sungai menaiki perahu dengan bayaran RM1 seorang. Denai yang dilalui sudah dibubuh semen, jejambat sepanjang perjalanan dibuat daripada kayu/almunium. Kami leka berborak sehingga sampai ke gua Niah. Sungguh seronok melihat kebesaran Tuhan di kawasan gua Niah.

Jam 1:20 th kami  pulang di kawasan pendaftaran. Muzium gua Niah tidak kami kunjungi kerana lapar menguasai kemampuan kami. Aku sempat membeli sumpit dan panah di kawasan jejambat menuju pulang ke muzium. Untuk pulang, kami terpaksa bertanya kepada  salah seorang penduduk kampung jalan menuju ke pekan Gua Niah. Kami berpandangan dan tersenyum mendengar penjelasan orang tersebut, slanga Iban, “Lepas waksop belok kiri, nadai jauh ada kedai.”

Kami memilih warung yang tertulis kalimat Bismillah… di atas pintu. Tiada masa untuk mengorder makanan yang fresh, kami hanya meminta nasi putih, kari ayam, telur masak merah ditambah acar timun (bos inda beliur kan makan acar yang nampak pucat). Teh tarik dan teh o minuman pilihan kami. Aku tidak tergamak berkongsi sudu, aku terus mencari paip air untuk mencuci tangan. Kembali ke meja makan bos berkata, “Atu kari!” sambil tersenyum. Betul juga kata bos, rasa kari amat pekat.. bayangkan kalau kari dicampur air suam kemudian dihirup, itu lah rasanya. Kari belum masak, tidak sebati dengan masakan membuatkan bos hanya memilih makan nasi putih. Aku hanya berkata ,”Nda apa bos… karang di KFC kita makan lagi, ani kira nimbal-nimbal parut dulu.”

Sebelum pulang kami sempat berputar-putar mengeliling pekan Gua Niah. Tidak banyak yang menarik hendak dikongsikan.. Bandarnya usang, tidak begitu bersih, penghuninya nampak lesu … hanya ada beberepa orang “Indu” berdiri dekat sungai melihat kami yang bergerak begitu perlahan.. maklumlah bersopan santun di rantau orang.

Dalam perjalanan menuju Bekanu, kami singgah di Surau Kelana Jaya Tengah(?) Sembahyang jamak Zuhur/Asyar. Aku sempat mandi. Rasa mengantuk sudah tiada selepas sembahyang. Tawaf satu keliling di pekan Bekanu, sunyi… maklum hari minggu tidak banyak kedai yang beroperasi. Sesampai di Miri singgah di Parkson, parking di Tinggat 4 Biru.. Bangunan baru siap, belum beroperasi sepenuhnya…. konfius mencari kedai lama… akhirnya terjumpa juga KFC… makan sepuasnya baru sambung shoping. Aku hanya membeli senaskah buku tentang Yakjuj dan Makjuj.

Sepanjang perjalanan pulang kami tiada mendapat masalah, tambahan kami telah selesai mengerjakan Solat Magrib di Masjid Lutong. Ketika melintasi masjid Kg. Pandan sempat menoleh cahaya masjid, teringat juga pada Aurora D, mungkin dia bercuti pada penggal ini, atau dia sibuk  sehingga tiada kesempatan untuk bercuti.

Sampai di Sungai Liang / Soon Lee kami singgah sekali lagi di sana, minum teh o,  makan roti telur , bos makan dosai beserta teh tarik. Kami meneruskan perjalan hingga sampai ke rumah pada jam 11:00 malam.

GN1

gn2

gn3

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Komen anda:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s